Hi korang! apa khabar? sihat ke semua?
Alhamdulillah selesai sudah closing penuh kemanisan bulan Mei 2023 buat semua warga Shaklee. Berakhirlah juga promo set Rahmah dan Flash sale yang sangatttt menguntungkan pembeli.
Sebenarnya dari closing Mei 2023 Farah belajar banyak benda, dan melihat segalanya penuh dengan hikmah. Subhanallah, Farah sangat-sangat beruntung kerana Allah pandang Farah dan team.
Apa tips Farah bulan lepas?
Farah tambahkan kesyukuran. Instead of mengeluh dengan apa yang Farah tiada, Farah switch kepada kesyukuran kepada apa yang Farah ada. Haaa macam sesi tazkirah pulak kan?
Allah dah cakap, siapa yang bersyukur aku akan tambah nikmat. dan Farah betul-betul merasakan nikmat itu dalam pelbagai sudut bila Farah bersyukur dengan apa sahaja yang Farah ada. termasuklah team Blooming Empire Farah, yang Farah tubuhkan sejak 2020.
Syukur merupakan Sebab Ditambahnya Nikmat
Allah Ta’ala berfirman,
وإذ تأذن ربكم لئن شكرتم لأزيدنكم
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengumumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’” (QS. Ibrahim: 7).
Tahukah anda syukur adalah sifat nabi?
Senantiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas limpahan nikmat Allah, walau cobaan datang dan rintangan menghadang, itulah sifat para Nabi dan Rasul Allah yang mulia. Allah Ta’ala berfirman tentang Nabi Nuh ‘Alaihissalam,
ذرية من حملنا مع نوح إنه كان عبدا شكور
“(Yaitu) anak cucu dari orang-orang yang Kami bawa bersama-sama Nuh. Sesungguhnya Nuh adalah hamba yang banyak bersyukur” (QS. Al-Isra: 3).
Allah Ta’ala menceritakan sifat Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam:
إن إبراهيم كان أمة قانتا لله حنيفا ولم يك من المشركين* شاكرا لأنعمه اجتباه وهداه إلى صراط مستقيم
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik, Dan ia senantiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus” (QS. An-Nahl: 120-121).
Dan inilah dia sayyidul anbiya, pemimpin para Nabi, Nabi akhir zaman, Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam, tidak luput dari syukur walaupun telah dijamin baginya surga. Diceritakan oleh Ibunda ‘Aisyah Radhiallahu’anha,
كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ، إذا صلَّى ، قام حتى تفطَّر رجلاه . قالت عائشةُ : يا رسولَ اللهِ ! أتصنعُ هذا ، وقد غُفِر لك ما تقدَّم من ذنبك وما تأخَّرَ ؟ فقال ” يا عائشةُ ! أفلا أكونُ عبدًا شكورًا
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasanya jika beliau shalat, beliau berdiri sangat lama hingga kakinya mengeras kulitnya. ‘Aisyah bertanya, ‘Wahai Rasulullah, mengapa engkau sampai demikian? Bukankan dosa-dosamu telah diampuni, baik yang telah lalu maupun yang akan datang? Rasulullah besabda: ‘Wahai Aisyah, bukankah semestinya aku menjadi hamba yang bersyukur?’” (HR. Bukhari no. 1130, Muslim no. 2820).
Dengan bersyukur, kita mencontohi sifat nabi. Sedangkan nabi pun bersyukur, kenapa kita taknak bersyukur. Sifat bersyukur ni berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur diatas semua anugerah diterima di dunia ini.
Allah berfirman “Dan sememangnya sedikit sekali diantara hambaKu yang bersyukur.” (As-Saba’: 13)
Firman Allah SWT: “Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).” (Al-Imran:144)
Tips Farah bulan lepas, dapat je satu order terus ucapkan kesyukuran. Sebab Allah dah cakap barang siapa yang bersyukur Aku tambah nikmat. Dari 800uv, dalam masa 3-4 hari terus effective. Alhamdulillah. Besar sungguh nikmat Allah.
Ramai yang rebut peluang beli ESP dengan harga yang super jimat. Ramai suka ESP rupanya.
Alhamdulillah, terima kasih buat customer dan team Blooming Empire yang bermuamalat dengan Farah. Semoga supplement Shaklee dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian sesi tazkirah Bersama Farah untuk sesi kalini. See you guys in the next entry!
Jemput baca juga entry kawan Farah ye.