Mengapa saya menyusukan? Saya Tak Kenal Susu Formula


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Entry kali ni Farah nak share kenapa Farah pilih susu ibu untuk double Aisyah ☺️



Sejujurnya, susu formula memang tiada dalam kamus hidup Farah. Mama Farah menyusukan Farah dan 5 adik lelaki Farah. Jadi memang kami semua tak tahu erti susu formula ;) jadi masa mengandung, Farah memang tak pernah terfikir pon nak bagi susu formula kepada anak. Jadi inilah sebab UTAMA mengapa Farah menyusukan anak-anak. FARAH TAK KENAL APA ITU SUSU FORMULA.

BAGAIMANA SUSU IBU DIHASILKAN?

Susu ibu dihasilkan daripada darah merah di dalam pembuluh darah ibu, dicampur dengan zat-zat makanan daripada usus kecil ibu, selepas itu diproses di kilang yang amat kecil iaitu kelenjar di payudara ibu. seterusnya menghasilkan titisan emas yang amat bernutrisi. hebat bukan ciptaan Allah? ;)

Selain itu, ada 9 sebab MENGAPA FARAH MENYUSUKAN.

1) Khasiat susu badan itu sendiri

Seperti mana kita sedia maklum, susu ibu sangat berkhasiat. susu badan adalah imun semulajadi untuk bayi anda. ini kerana susu ibu mengandungi vaksin dan antibodi semulajadi. sebab itu lah double Aisyah Farah jarang sakit. keduanya mendapat khasiat susu ibu. Alhamdulillah. salah satu nikmat Allah ;) selain itu, susu ibu jugak mengandungi sejenis kolesterol dan jenis lemak lain membantu pertumbuhan sistem saraf bayi penyebab kepada fakta BAYI MENYUSU TINGGI IQ.


2) Kecutkan rahim

Semasa mengandung, rahim mommies mengembang 20 kali ganda dari saiz asal. Apabila menyusukan, badan akan merembeskan hormon oxytoxin di mana hormon ini membantu mengecutkan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Proses pengecutan rahim juga bukan proses yang mudah. Sakit rengat semasa pengecutan rahim, sangatlah sakit. Macam senggugut kuasa dua huhu ;( tapi itu untuk kebaikan mommies untuk dapat perut kempis kembali selain berbengkung dan bertungku ;)

3) Turunkan berat badan ibu

Bukan sahaja anak mendapat manfaat, mommies juga mendapat manfaat tau! menyusukan bayi boleh bakar 500kcal. haaa bersamaan berlari 30minit. best kan?? Mommies tak perlu pergi tasik untuk jogging ;P Mommies akan dapat berat ideal dalam masa yang singkat ;)

4) Ikatan kasih

Bayi yang menyusu ibu mendapat rangsangan dan perhatian daripada ibu ketika menyusu. Ikatan ini melahirkan rasa cinta dan merembeskan hormon oksitosin kepada ibu. Ketika proses penyusuan, bayi akan didakap dan dibelai. Ini dapat merangsang perkembangan otak bayi. mengikut pengalaman Farah, Farah jatuh cinta berkali-kali dengan double Aisyah melalui penyusuan. ;)

5) Bersih

Semestinya susu ibu bersih. mengurangkan risiko bayi cirit birit akibat air tidak masak, air tidak bersih dan sebagainya. Penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan boleh mengelakkan alahan kepada makanan dan juga baik untuk usus bayi kerana susu ibu sangatlah mudah dihadam.

6) Jimat

Lebih jimat jika mahu dibandingkan dengan penggunaan susu formula. Untuk ibu bekerja, peralatan seperti pam susu, botol dan sebagainya adalah modal untuk penyusuan. Bagi Farah, ini one time pelaburan sahaja. berbanding susu formula, setiap bulan sebagai contoh rm400 untuk seorang anak. itu baru step 1. masih ada 5 step susu yang perlu di beri. betol atau tidak? ;) Susu badan sangatlah menjimatkan dikala kegawatan ekonomi ni.

7) Penyusuan itu sunnah

Dalam Al-Quran pon ada menyatakan perintah penyusuan iaitu Surah Al-Baqarah ayat 233

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Kaya. setiap yang diciptakan pasti ada hikmah;) Alhamdulillah, Allah buka pintu hati kita untuk menyusukan anak kita ;)

kenapa menyusukan 2 tahun? kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun. dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia 2 tahun.

8) Sedia diminum dan memenuhi keperluan bayi

Susu ibu sentiasa segar, mempunyai suhu yang sesuai daripada payudara ibu terus kepada bayi. Tidak perlu sediakan air panas untuk membancuh susu jika menggunakan susu formula. Walaupon telah dipam dan di letak didalam sejuk beku,susu ibu masih yang terbaik berbanding susu formula. Susu ibu jugak bebas dari bahan pengawet, bahan kimia dan perasa tambahan malahan rabun atau bahan penstabil pon tiada. tarikh lupu pon tiada tau!

Selain itu juga, adalah penting bagi ibu menyusu makan makanan yang berkhasiat bagi menghasilkan susu yang terbaik dan berkualiti.


magisnya susu ibu, komposisi dan kandungan nutrien susu ibu berubah-ubah mengikut umur bayi mommies (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun). Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah mengikut cuaca. contohnya lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih suam/likat semasa sejuk. 
9) Mudah bila travel

Selalunya kalau travel, Farah mesti ternampak ibu buka bonet, keluarkan air panas dan bancuh susu anak. Farah tak pernah terfikir pon pasal ni. Yela perlu bawak satu bakul khas untuk keperluan susu anak. Tambahan pula, kalau travel makan memang tak ikut waktu. Bila anak-anak menangis kelaparan, susu ibu adalah jalan pintas terbai
k.

mommies ingin mendapatkan supplement shaklee? boleh contact Farah ye 0193449413
Farah akan consult cara pengambilan. insyaAllah...

No comments