12 kebaikan berpuasa dari perspektif sains.
Lepas baca point-point ni, mesti korang rasa Ya Allah banyak nya
hikmah puasa. Indah nya Islam. Suruhan Allah tu banyak hikmahnya.
Baca satu-satu sampai habis tau. Ini semua dari sudut sains.
Farah ambil dari ebook yang Farah beli. Kredit to Dr Malinda.
1. Menukarkan badan menjadi mesin ‘pembakaran lemak’ yang
efektif.
Dalam keadaan
biasa, badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tetapi
apabila anda berpuasa, badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga
utama.
2. Memperbaiki fungsi insulin.
Insulin yang
tinggi dan tidak berfungsi dengan baik dalam badan (insulin resistance) akan
menyebabkan kandungan gula dalam darah tidak stabil. Insulin yang tinggi juga
menyebabkan lebih banyak gula disimpan sebagai lemak didalam badan.dan
kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga penyumbang kepada fungsi insulin.
Satu interaksi kompleks yang menyumbang kepada obesiti.
Apabila anda berpuasa, lemak akan lebih banyak dibakar dan
digunakan sebagai tenaga, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan
insulin akan berfungsi dengan baik dan gula dalam darah akan menjadi lebih
stabil.
3. Meningkatkan metabolisma.
Puasa akan
menyebabkan sistem pencernaan anda berehat, tidak banyak makanan atau minuman
untuk dicernakan terutamanya pada waktu siang. Usus yang lebih sihat akan
menyebabkan proses pencernaan berlaku dengan lebih baik dan seterusnya membantu
meningkatkan metabolisma anda.
Jika anda ada masalah sembelit dan sistem pencernaan yang tidak
baik, ini akan memberi kesan negatif kepada keupayaan metabolisma anda untuk
membakar kalori dan lemak dari makanan yang anda makan. Kesannya, lebih banyak
lemak yang akan disimpan.
4. Puasa membantu mengawal rasa lapar.
Puasa akan memberi kesan positif kepada keseimbangan hormon
Ghrelin dan Leptin yang mengawal rasa lapar dan kenyang.
Individu yang mengalami masalah obesiti biasanya mempunyai
masalah dalam keseimbangan hormon ini akibat dari tabiat makanan berlebihan,
diet tidak sihat yang merosakkan sistem signal kepada otak untuk memberi rasa
kenyang dan lapar yang sempurna.
Puasa akan bertindak seperti butang ‘Re-Set’ yang akan membantu
anda mengawal dan membaikpulih sistem kawalan rasa lapar dan kenyang di
hypothalamus anda, ia mampu membezakan antara The Hunger vs Emotional
Hunger.
5. Puasa mengawal 'ketagihan makanan'
Jika anda mengalami masalah suka makan, emotional eating
addictive snacking, food craving atau ketagihan pada makanan, puasa akan
membantu anda mengawal ketagihan ini.
It's all in mind. Bila minda anda terlatih selama 4 minggu
berpuasa, anda sebenarnya telah mampu untuk membuat satu corak tabiat pemakanan
baru yang lebih sihat. konsisten terhadap perubahan ini dan anda akan mendapat
kesan ynag baikuntuk kawalan jangkamasa panjang. Insya Allah.
6. Puasa mengurangkan risiko penyakit kronik.
Banyak kajian sains membuktikan bahawa berpuasa secara berkala
mampu menurunkan tahap inflamasi atau radang dalam badan. Inflamasi adalah satu
keadaan yang menyumbang kepada berlakunya penyakit kronik seperti diabetes,
darah tinggi, kanser dan sebagainya. Ia ibarat api dalam sekam ynag menunggu
masa untuk terbakar.
Berpuasa mampu menurunkan tahap kolesterol LDL dan trigliseride,
menurunkan tekanan darah, menstabilkan gula dan juga menurunkan biomarker kimia
inflamasi dalam darah seperti hs-CRP, IFG-1, Fasting Insulin, Free Androgen
Index dan Homocystein. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan risiko untuk
penyakit kronik jangka masa panjang.
7. Puasa memperbaiki fungsi otak
Puasa memberi kesan positif kepada sel-sel otak kerana ia
merangsang penghasilan sejenis protein yang dikenali sebagai Brain-derived
neurotrophic factor (DBDNF).
BDNF mengaktifkan stem sel otak untuk membentuk neuron-neuron
sel saraf yang baru dan merembeskan banyak bahanm kimia yang memberi impak
positif kepada kesihatan sel-sel saraf otak. BDNF juga memberi perlindungan dan
pencegahan kepada penyakit kesan dari kerosakan sel saraf otak seperti
Alzheimer’s dan Parkinson/s disease.
8. Puasa Memperbaiki sistem imun
Puasa akan meningkatkan fungsi sistem imun kerana ia
mengurangkan penghasilan radikal bebas, mengurangkan inflamasi, dan menyebabkan
‘kelaparan’ kepada sel-sel kanser.
Puasa akan menyebabkan keseimbangan bakteria baik dalam usus
kerana kebanyakan bakteria dan kulat (candida sp) di dalam usus sangat
bergantung kepada gula sebagai nutrisi mereka, pengambilan gula yang sangat
rendah pada bulan puasa akan menyebabkan ‘kelaparan’ sel-sel tersebut.
9. Puasa membantu proses detoksifikasi
Detoksifikasi adalah satu proses natural badan untuk
mengeluarkan toksin dan membaik pulih diri sendiri melalui organ perkumuhan
seperti usus besar, hati, buah pinggang, kulit dan sistem limfa.
Berpuasa membantu proses ini berjalan lebih lancar kerana tiada
makanan baru yang masuk ke dalam usus untuk proses pencernaan dan lemak-lemak
yang tersimpan lama akan digunakan sebagai sumber tenaga. Apabila lemak-lemak
ini dugunakan sebagai sumber tenaga, toksin dan asid-asid lemak akan keluar
melalui organ-organ perkumuhan tadi.
10. Puasa sebagai rawatan anti-stress
Berpuasa menyebabkan kita akan merasa tenang dan sangat hampir
dengan diri sendiri dan Maha Pencipta. Apabila perut tiada makanan yang perlu
dihadam, lebih banyak tenaga yang boleh digunakan pelbagai ibadah wajib dan
ibadah sunat ketika bulan Ramadhan.
Selain dari menahan lapar dan dahaga, kita juga dituntut
untuk menahan rasa marah, sentiasa tersenyum, sabar, tenang, tidak b erkata
sesuatu yang negative, sentiasa berprasangka baik, sentiasa berusaha untuk
mendapat keberkatan dari Allah SWT. Ini akan menjadikan kita lebih posotif,
tenang dan optimistic dengan kehidupan. Berpuasa
akan lebih menundukkan nafsu dan meningkatkan tahap[ kesyukuran dalam diri kita
– salah satu petua awet muda.
11. Puasa mencantikkan kulit
Haaa ni orang perempuan mesti suka ;)
Tak percaya?
Seriously.kerana bila proses detoksifikasi berlaku dengan
lebih baik, pengambilan makanan yang lebih sihat, proses pembaikpulih sel
termasuk sel-sel kulit akan menjadi bertambah baik. Bertambah seri lagi sengan
amalan-amalan dibulan Ramadhan, pasti anda akan Nampak lebih langsing dan
jelita di hari raya.
12. Puasa memanjangkan usia!
Percaya atau tidak, inilah hakikat yang dibuktikan oleh
banyak kajian terkini.
Makan sikit jauh lebih baik dari makan banyak. Ramai populasi supercentenarian (berusia 100
tahun ke atas) mempunyai tabiat begini. Kajian di Harvard University
menunjukkan berpuasa secara berkala ataupun makan dalam kuantiti yang sedikit
(caloric restriction) akan mengaktifkan Longevity genes iaitu SIRT-1 dan
memberi kesan pemanjangan usia.
Puasa juga mampu untuk membantu mengelakkan kerosakan pada
bahagian DNA yang mengawal usis seseornag yang disebut dalam teori ‘Telomerase’.
Pemakanan yang tidak sihat, fast food, bahan-bahan kimia,
kurang aktif, stress dan pelbagai lagi gaya hidup yang tidak aktif akan memberi
impak kepada saiz Telomerase. Seakin cepat pemendekan saiz Telomeras, semakin
pendek juga usia sel dan usia seseorang.
No comments