Assalamualaikum semua!
Seringkali kita bertanya pada diri dan rakan-rakan, apakah 'milkbooster' diorang. Farah pon tak terkecuali.
'Eh, ni aku boleh makan ke? angin tak? nanti susu badan drop.'
Betol tak mommies? Semenjak mengandung, makanan pon kita pilih. mahukan yang terbaik buat anak kan?
Hari ni Farah nak share makanan tambah susu badan, apa yang Farah amalkan.
1) Ulam-ulaman
Tengok pon dah terliur! Farah suka ulam pegaga. pegaga mesti ada je dalam fridge. sampai anak dan suami pon makan! Terlampau banyak khasiat ulam-ulaman ni selain daripada segar dan awet muda, boleh tambah susu jugak tau.selain itu, ulam-ulaman boleh mengawal berat badan kerana tinggi dengan serat. bagus untuk kesihatan kerana boleh mengawal peredaran darah. Alhamdulillah, kesihatan terjaga, susu juga bertambah ;) oh ya, pegaga bagus untuk wanita ye. untuk menjaga kesihatan dalaman dan peranakan;)
2) Halba
Halba digunakan sebagai salah satu rempah dalam masakan terutamanya kari untuk menambah aroma bagi masyarakat Melayu dan India. Selain masakan, halba juga mempunyai khasiat lain seperti asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Malah, untuk menambah susu badan, halba mengandungi phytoestrogens iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang pengeluaran susu badan.
TIPS UNTUK MENYEDIAKAN HALBA
Sediakan air halba + kunyit hidup + gula melaka. bagus juga untuk sakit belakang!
atau cara mudah, rendamkan halba dengan air suam, dan minum. ;)
3) Lobak putih
Lobak putih mengandung Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin E, Beta Carotene, Niasin, Kolin, Kalsium, Zat Besi, Fosfor, Serat, dan masih banyak lagi. Memang sangat kaya kandungan gizi yang terdapat dalam lobak putih tidak hairanlah jika khasiatnya banyak juga bagi kesehatan kita dan juga menambah susu ibu.
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja
4) Longan kering
Longan kering mengandungi potassium atau garam galian yang tinggi. ia membantu menghilangkan stress ibu menyusu. Potassium ini dapat mengawal hormon dalam badan termasuklah hormon cortisol dan adrenaline (hormon stress). jadi, dengan longan kering ini mommies boleh lebih tenang dan apabila tenang, susu lebih banyak dihasilkan! longan kering susah nak dapat ye kawan-kawan. Cari di kedai ubat cina atau sensei. terdapat di Giant hypermarket juga.
Cara menyediakan Longan kering:
Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
5) Kurma
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu. Farah ada satu tips yang best untuk penyediaan shake kurma ;) selain dari buat snack, Farah buat shake. Farah suka shake kurma + susu segar + badam + ESP shaklee. cubalah kawan2!
6) Oat
Oat kaya dengan serat. serat membantu mommies melawas dan kurus ;) selain itu, Oat membantu menambah kan susu badan. Farah suka buat oat yang simple. overnight oat ;)
senang sahaja menyediakan overnight oat. Farah selalu letak susu + 3 sudu oat + buah + kurma + kismis dan madu. letak dalam fridge semalaman. esoknya boleh terus bawa ke pejabat ;)
7) Habatussauda/ Blackseed
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan biji.
Farah selalunya tambah sesudu kecik habatussauda dalam sebotol air 1L dan minum ;) selain itu juga, Farah ambil dengan nasi panas. tak cukup itu, Farah beli dalam bentuk kapsul dan makan sebelum tidur. sangat best blackseed ni. melawas, membantu peredaran darah dan juga membantu menambah susu badan!
8) Kacang soya
Soya kaya dengan sumber protein dan kaya dengan bahan mineral. selain itu, soya adalah rendah lemak dan boleh dijadikan sebagai sumber tenaga apabila diminum. pelbagai jenis makanan kita boleh dapati dari sumber soya seperti tempe, air soya, tauhu. selain itu, Farah mengamalkan ESP shaklee yang kaya dengan protein soya. ESP shaklee ni dari sumber non-GMO tau! sangat mudah. bancuh dengan air kegemaran atau buat shake.
Jaga-jaga ya kawan-kawan. soya sekarang banyak dari sumber GMO. jadi pilihlah yang non-GMO. ;) ambillah berpada-pada mengikut daily intake kita iaitu 25gram sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
9) Alfalfa
alfalfa adalah sejenis tumbuhan pucuk. Ia boleh digunakan dalam bentuk tumbuhan herba atau tablet.alfalfa kaya dengan sumber Vitamin K serta mineral yang lain. selain itu, alfalfa kaya dengan kandungan bioaktif kompound tumbuhan seperti saponins, coumarins, flavonoids, phytosterols, phytoestrogens and alkaloids. phytoestrogens dapat membantu dalam penghasilan susu. sebab itu makan alfalfa susu bertambah! ;)
Farah pon consume Alfalfa. semestinya Alfalfa shaklee. Alfalfa shaklee diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. Tumbuhan ini ambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi. Nama Alfalfa ni ada disebut dalam Al-Quran tau.
Telah disebut di dalam Al-Quran, surah An-Naba', ayat ke 16;
"wa jannaatin alfaafa" (Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya)
Di dalam dunia ini memang ada tanaman yg disebut Alfalfa (Medicago sativa).
10) Air
Ini penting buat mommies menyusu semua. Airkosng perlulah diambil 2-3L sehari. lagi lebih lagi bagus. air banyak fungsinye didalam tubuh selain mengelakkan dehidrasi ;) air kosong ini adalah penawar bagi segala jenis penyakit. Farah selalu amalkan minum segelas air suam sebelum menyusu dan segelas air suam selepas menyusu. insyaAllah kita takkan dehydrate ;) malah dapat menggantikan bendalir badan yang telah kita gunakan untuk permata hati kita.
insyaAllah. good luck mommies semua! semoga dapat manfaat dari post farah :)
nak join projeksusu 2017 boleh whatsapp/call 0193449413
untuk pembelian set shaklee jugak boleh contact Farah ye ;)
Wahhhh...sedap nampak overnight oat tu....
ReplyDeletejom try !
Delete