Assalamualaikum wbt.
Bersyukur ke hadrat Ilahi Farah diberi kekuatan untuk berkongsi lagi pada hari ini.
Sebenarnya Farah nak berkongsi tips travel dengan EBM. lama dah peram posting ni ;P 2016 youuuuuuuu. dua tahun dah. tapi takpe, semoga dapat menjadi panduan berguna kepada mommy menyusu yang nak travel nanti.
Farah travel 5 hari 4 malam ke Indonesia. masa tu fakulti buat International Conference kat sana. nak taknak as student under fakulti kena pergi. betul tak? ;P tapi masa ni dilemma lahai... Mia baru 11 bulan time tu. kalau bawak siapa nak jaga? kalau tinggal macam mana susu? aduii serabut tau. Mayra pun masih menyusu time tu. Mayra memang direct feed je. dia tak minum susu ebm. sanggup tunggu mommy balik baru menyusu. sebab tu senang wean off dia hehe.
Padang, Indonesia
DUGAAN
Masa nak pergi ke sana, seminggu sebelum pergi electric pump Farah buat hal ;( Bateri out. ni manufacture defect. biasala antara 20, satu mesti defect. Farah dah down gila. nak anta repair makan masa 2 minggu untuk check. ah sudahhhh. cemana ni..... memang perlu plug in jelah. haih. dugaan breastfeeding mommy. so Farah study alternatif lain. akak yang Farah beli breastpump tu pun ada suggest bawak power bank, beli cable. Farah xsempat nak cari. power bank ada. tapi cable tu. huhu. so alternatif lain Farah bawak pam manual. manual ni lambat sikit la tapi sangat berguna ketika kecemasan.
PERSEDIAAN TRAVEL WITH EBM
First time berjauhan dengan babies..
5 hari 4 malam satu jangka masa yang lama untuk breastfeeding mommy macam Farah☺️
Susah hati macam mana nak uruskan susu. Dari segi storage, waktu pam..Memang kena curi masa untuk pam. Alhamdulillah, Allah sangat mengizinkan niat murni mommy nak bawa balik titisan emas buat anak syurga.. Dikelilingi dengan kawan-kawan yang sangat membantu. Terima kasih semua (you know who you are)
Sekadar berkongsi pengalaman. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk mommies yg bakal outstation nanti
Check list barang-barang breastfeeding.
1. Pump. Farah bawak 2. 1 electric pump. 1 manual pump. In case pape jadi, mmg senang ade 2. (reason bawak dua pump Farah cerita kat atas ;P)
2. Storage plastic. Untuk store susu. Farah berpendapat, lagi senang bawak guna plastik storage. Tapi jangan isi penuh. Contoh plastik 12oz, saya isi 4-5oz sahaja. So senang. InsyaAllah tak pecah.. Untuk 5 hari ni, saya bawak 1 kotak autumn 12oz. Itu pon cukup-cukup je. Hari last before flight, pump dan masok botol. So di nasihatkan bawak lebih plastik storage.
3. Ice pack. Bawak icepack lebih. Tumpang deep freezer hotel. InsyaAllah mereka sangat membantu..
4. Thermal insulated bag atau ice box. Farah bawak bag je. Bag silver tu. Beli kat aeon mall, tempat coleman ice box. Rm34.90 jee. 250L kot paling besar. Ideanya nak bubuh susu dalam luggage. Thats why beli bag je. Tapi atas nasihat kawan-kawan, diorang cakap hand carry sebab cargo panas. ( Farah tak sure, diorang cakap)
Beg silver yang Farah beli. Dalam tu penuh susu!
5. Sabun basuh botol dan pump.
6. Marker atau labeling sticker untuk label ebm.
7. Zipper plastik ikea/ daiso. Senang untuk korang sort kan ari dan letak dalam fridge hotel. So takde lah bersepah ebm tu hokey. Label nama korang, bilik, dari Malaysia (in case tumpang hotel punya fridge)
8. Universal adapter + extension. Untuk charge pump la charge fon la.. Charge power bank la.. Penting !
9. Supplement! Saya ambil vitalea dan vitamin c. Waktu travel vitamin c memang sangat penting untuk sistem immune kita. Selain tu Farah bawak ESP. shake je kalau lapar. ;)
10. Snack. Mommy menyusu ni memang cepat lapar. Farah bawak biskut high fiber. Boleh tahan lama sket sementara nak ambil heavy meal. Kawan-kawan pon selalu hulur roti sebab tau Farah perut naga hahahaha. Air. Sila minum plenty of plain water to keep hydrated! Please mommies. Air sangat penting yeee. Selain plain water Farah suka minum jus avocado masa di Padang. Milk booster !
11. Shawl. Ni untuk cover masa pump. ☺️
Selamat landed dalam Deep freezer ;)
Tips pengendalian ebm
1. Baca blog-blog orang yang pernah travel with ebm. Baca baca baca. Gali ilmu.
2. Bilik hotel yang ada fridge. In case takde, tumpang kitchen hotel atau bilik kawan yang ada fridge.InsyaAllah mereka sangat membantu. Tapi store with proper la.. Farah store bubuh dalam zipper bag ikea. Label. So that tak la bersepah fridge diorang.
3. Cari waktu untuk pump. Sacrifice. Orang makan kt luar, kita tapau. Sebab nk jimat masa. Taknak bengkak. Kena tetapkan waktu pump. Sepatutnya 3jam sekali. Tapi kalo dpt pagi tghari petang malam, sebelum tido dan bangun tido dah okey dah tu.. InsyaAllah..
4. Airport. Sebelum check in luggage, tanya pihak airport untuk hand carry. Farah tanya salah seorang pekerja. Dia cakap 50-50. Kena tanya kastam. Masa tu memang nak pecah dada dah berdebar. Berdebar berat luggage (taknak tambah duit haha!) plus berdebar lepas dengar dia cakap macam tu, macam nak pecah dah dada. Tangan mengetar, ketiak berpeluh (haha) dek kerana berdebar. Masa tu zikir dan doa je semoga semua dipermudahkan.
5. Plan nak keep ebm chill atau frozen. Macam Farah lepas dah gali ilmu, decide nak keep chill. Lagi senang nak diuruskan. InsyaAllah.
6. Kalo pump malam dan subuh, in case macam saya, bilik takde fridge (cabaran dan dugaan mommy-salah sendiri tak check hotel ada fridge ke tak. Tapi Alhamdulillah salah satu dari kawan-kawan dalam bilik ada fridge. Tumpang diorang aje) takpe. Jangan risau. Esok masa breakfast baru masokkan dalam chiller. Sebab susu fresh tahan 8jam dalam air condition. Rileks okey mommies.
7. Last but not least, perbetulkan niat. Niat Farah nk berjihad fisabilillah. Belajar kan. Menuntut ilmu. InsyaAllah anak-anak akan okey. Emosi before pergi tu kena manage dah. Sebab mempengaruhi penghasilan susu okey! Walaupon hari last tu memang nak tumpah dah air mata, rindu woi. Ingat senang ke tinggal anak breastfeeding ni.. Ikatan ibu dan anak ni memang tak dapat di describe. Sesiapa yang breastfeed, memang tahu perasaan Farah ni huhuhu.
Itu saja lah yang dapat Farah kongsikan.. Terima kasih yang tak terhingga kepada suami dan parents in law tolong jagakan permata hati berdua Aisyah Humaira (2y 6m) dan Aisyah Damia (11m). Without you, I can't do this. Thank you so much. Tak lupa kepada kawan-kawan yang tolong cover pump dalam bas, dalam van, roommate yang sudi dengar bunyi pump, kawan-kawan tolong tapau makanan, tolong teman pump kt surau, tumpang fridge. MasyaAllah, besar sungguh pahala you alls tolong Farah menjayakan penyusuan ni. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. Sayang sampai syurga.
Hand carry susu. Safely landed at KLIA. Tq Roomate! ;)
Sebarang pertanyaan atau pembelian supplement shaklee boleh whatsapp Farah okey www.wasap.my/60193449413
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments