KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

 Hi semua, Assalamualaikum. 

Lama rasanya tak menulis hehe. Busy dengan kerja hakiki, pindah rumah.. fuh, berpeluh ya 3 tahun sekali pindah ni. 


Harini Farah nak share kepentingan Vitamin C kepada seluruh kehidupan kita, gituhhhh. especially Vitamin C Shaklee la kan, dah Farah consume vitamin C dari Shaklee. heheheheh. mana taknya, 500,000 botol terjual dalam masa 2 jam sahaja. hebat tak penangan vitamin c Shaklee ni? 



1) SISTEM IMUN YANG SIHAT

Vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat. Vitamin C yang mencukup di dalam badan dapat memastikan anda tidak diserang jangkitan kuman dengan mudah. Vitamin C dapat menggalakkan penghasilan sel-sel darah putih yang penting untuk memberi perlindungan kepada badan daripada sebarang jangkitan. 

Selain itu, vitamin C memberikan perlindungan dari radikal bebas ynag merbahaya kepada sel-sel darah putih. Vitamin C juga membantu sel-sel darah putih untuk berfungsi secara optimum didalam badan. 

Lelaki dan wanita dewasa di Malaysia disarankan untuk mendapatkan sebanyak 70mg vitamin c sehari. Tetapi akibat daripada gaya hidup serba moden pada masa kini, vitamin c mudah terhapus dari dalam badan antara nya radikal bebas dari pencemaran udara, matahari, cahaya radiasi komputer riba mahupun telefon bimbit, bahan make-up, stress dan banyak lagi punca yang mengakibatkan vitamin c terhapus dari badan seperti merokok, pengambilan makanan manis dan minuman bergula boleh buat anda TUA SEBELUM USIA!

Jadi, jika anda bertanya kepada Farah, perlu ke makanan tambahan atau supplement vitamin c? Jawapan Farah perlu, WAJIB dengan gaya hidup kita sekarang. jarang makan buah, jarang makan sayur, lepas tu claim ambil dari sumber asli, tak perlu vitamin c. Buah, sayur pun jarang makan, dari mana nak dapat sumber vitamin c harian tu? Lepas tu tanya Farah kenapa Farah kelihatan lebih muda. of course I have my secret weapon! SUPLEMENT SHAKLEE ;) 

belum lagi Farah sembang ayam cucuk hormon nak bagi cepat besar, sayur dan buah melalui proses genatically modified untuk hasilkan buah dan sayur yang banyak, penggunaan racun seranggan yang berleluasa ke atas tanaman. semua ni tak bagus ya untuk kesihatan kita. 

untuk supplemen Shaklee, mereka kawal sumber bahan untuk hasilkan vitamin dia. sebagai contoh, pernah satu masa dahulu alfalfa takde stock, sebab Shaklee reject bahan mentah dia yang dia trace ada 1 pesticide. Shaklee rela product dia out of stock di pasaran dari terima bahan mentah yang ada pesticide. betapa Shaklee menjaga kualiti product dia ya. 

2) MEMBANTU PENGHASILAN KOLAGEN

haa, ini para wanita sangat-sangat suka. tahukah anda usia 20-an je collagen dihasilkan oleh tubuh badan akan menjadi slow? Kolagen adalah protein di dalam badan yang menyediakan struktur kepada kulit, membantu menguatkan tulang dan membantu pembekuan darah. Kolagen bermula dari prokolagen yang dihasilkan oleh badan dengan menggabungkan 2 asid amino yang dikenali sebagai prolin dan glisin. Vitamin C digunakan oleh proses ini. 

3) BERTINDAK SEBAGAI ANTIOKSIDAN 

Sinaran UV, asap rokok, pencemaran udara boleh mengakibatkan terbentuknya radikal bebas dalam badan. radikal bebas boleh mengakibatkan tekanan pengoksidaan yang boleh merosakkan sel badan. Dengan adanya Vitamin c, ia bertindak sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas yang bahaya kepada kulit. 

4) MELAMBATKAN PENUAAN KULIT

Penuaan boleh terjadi melalui 2 proses iaitu secara semulajadi atau persekitaran. Penuaan kulit akibat persekitaran adalah berkait rapat dengan merokok, atau selalu terdedah kepada bahan tercemar, atau pencemaran udara. 

Selain daripada itu, terdedah kepada sinaran uv juga boleh mengakibatkan penuaan kulit. 

Penuaan kulit secara semulajadi pula adalah berkait rapat dengan usia, dimana proses semulajadi apabila usia meningkat, tetapi berlaku secara perlahan. 

5) MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA

Penyembuhan luka adalah satu proses yang kompleks. Ia melibatkan 3 proses utama iaitu keradangan, pembentukan tissue baru dan permodelan semula. 

Kajian mendapati pengambilan vitamin c dalam bentuk supplement atau krim sapuan boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. selain daripada itu, kajian ke atas 80 orang pesakit mendapati gabungan vitamin c dengan gel silikon boleh membantu mengurangkan pembentukan parut kekal. 

6) MENGURANGKAN KERADANGAN PADA KULIT

Ekzema, jerawat, psoriasis adalah antara bentuk keradangan pada kulit. ia melibatkan gejala seperti gatal, sakit dan kekeringan. 

Kajian mendapati pesakit-pesakit ini mengalami kekurangan vitamin c pada kulit mereka dan turut mengalami kekurangan vitamin c dalam darah. 

oleh itu, pengambilan supplement vitamin c dapat membantu mengurangkan keradangan kepada pesakit. anak Farah salah seorang pesakit ekzema, dan memang makan 4 biji vitamin c sehari untuk kulit. 

Ramai yang borong vitamin c Shaklee ni sebab mereka tahu Vitamin C Shaklee yang terbaik untuk mereka!

Banyak lagi kebaikan Vitamin c kepada kita. ada yang nak tahu lagi? Meh komen nak tahu. nanti Farah Sambung share okey? 

Nak baca lain-lain story? meh tengok sini. VITAMIN C SHAKLEE  

No comments