INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA

Assalamualaikum semua. Bersiaran lagi kita kali ini dengan tajuk INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA. 

Ha capslock terus sebab excited nak cerita haha! Bila cakap pasal insentif Shaklee ni, rasa teruja sebab Shaklee menyediakan 3 jenis C, untuk para distributor dia. 

Apakah 3 C ni ? 

1) CASH

Cash ini memang Farah konsisten dapat setiap bulan tak kiralah berapa pun amount, depends kepada performance group. Yang paling best, Shaklee juga ada sediakan slip gaji, sama seperti slip bekerja di syarikat besar. 

Kalau nak tahu, Alhamdulillah Farah dapat beli rumah sendiri menggunakan slip Shaklee sebagai backup kepada pendapatan hakiki. setiap bulan Farah bayar duit rumah menggunakan cash yang Shaklee beri hasil dari jualan setiap bulan. nak tengok tak rumah Farah? 

Farah beli rumah ni fully furnished dah siap deco tau. memang niat dihati senang buat content terus dah. masuk cuci kaki je. Jatuh cinta pandang pertama, kami cari di mudah.com rumah ni. keadaan agak sukar untuk view unit ni sebab PKP 18.3.2020. Farah ingat lagi Mei 2020 kami view rumah ni lepas PKP di longgarkan sedikit. 

Masa view memang terpikat terus. Masa tu kami sendiri 50-50 nak beli ke tak. Farah ingat lagi husband cakap "kita tunggu 2 bulan, mesti rumah ni turun sikit harga". Sepanjang tempoh tu, Farah prepare cantikkan CTOS, cantikkan slip Shaklee dan slip gaji hakiki. Ogos 2020 memang harga rumah tu turun dalam 40k, terus kami booking dan Alhamdulillah perjalanan sangat cantik beli rumah subsale. hanya 8 bulan proses, April 2021 seminggu sebelum puasa kami dapat kunci ;) 



Rumah pertama kami

Diamond mirror tu Farah dengan husband pasang sendiri

Hall

Balkoni View
view balkoni

Rubine Kitchen Hood & Stove

Bosch Dryer & Toshiba washing machine

Cantik tak rumah Farah? ni Farah bayar setiap bulan dengan bonuse Shaklee tau. Alhamdulillah, Thank you Shaklee!

Selain daripada boleh bayar duit rumah, Farah juga bayar insurans, hibah untuk family menggunakan duit bonus Shaklee. Farah anggap itu sebagai satu pelaburan jangka masa panjang disamping menyimpan duit bonus Shaklee Farah. 

Bestkan dapat buat banyakkkk benda dengan insentif Shaklee yang pertama ni? bukan setakat itu je, Farah siap boleh bagi parents 2 kali belanja sebulan, bonus Shaklee dan kerja hakiki. Alhamdulillah, syukurrrrr. 

2) CAR BONUS

Insentif Shaklee yang kedua adalah car bonus. Farah ingat lagi tahun 2021 Farah fight for car bonus. dah sampai stage 3 dahhhh, tapi masih belum direzekikan untuk stage 4. Doakan Farah ye! 

Alhamdulillah, tanpa Farah sedar sebenarnya Farah bagi inspirasi kepada kawan-kawan lain untuk kejar juga car bonus. dan ramai antara mereka yang dah lepas dan dah beli kereta pun dengan car bonus tu. Happy sangat Farah tengok tau. Doakan turn Farah pulak tau!

Farah nak share upline Farah beli kereta dengan car bonus Shaklee. Dua-dua ni mentor dalam business Farah dan mereka dah berbelas tahun dengan Shaklee. Alhamdulillah. Sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja lebih kuat! Semoga dua-dua mentor kesayangn Farah terus sukses cemerlang dengan Shaklee dan menyentuh lebih ramai kehidupan lebih ramai insan diluar sana. 

Master Zura Betty

Master Wan Muliani & Master Dean


Doakan Farah achieve car bonus, insentif Shaklee kedua. Farah nak beli kereta idaman. yeay! oh ya, lupa nak mention, car bonus Shaklee bagi cash tau. Shaklee tak bagi kereta tapi kita boleh beli kereta apa pun yang kita nak atau beli benda lain dengan cash tu. Best kan? 

3) CONVENTION 

Insentif Shaklee yang ketiga adalah convention. apa pulak convention ni kan? Convention ni adalah trip yang Shaklee bagi setiap tahun. ada dua iaitu regional (local trip) dan international trip. 

Both trip ni ditanggung 100% Shaklee. kita bawak badan dan duit shopping dan duit makan je heheheh. 

Selain daripada itu, trip international Shaklee boleh buat pilihan sama ada ke negara yang Shaklee tetapkan tahu itu atau ke Umrah. Ya Allah bila Farah tahu Shaklee bagi pilihan ke Umrah excited betul Farah. 

Umrah Trip 2023. Bestnya!!!

Untuk cycle 2022/2023, Shaklee sediakan trip regional ke Korea dan Los Angeles untuk international trip. Best sangat tau! Doakan Farah dapat kumpul points untuk naik cruise pulak cycle 2023/2024. Teringin nak kelilingi dunia secara percuma dengan SHAKLEE!

Korang teruja tak tu baca story Farah ni?
kalau ada yang nak join Farah ada 2 pilihan untuk korang join menjadi ahli Shaklee: 

1) Pilihan pertama: Bayar membership fees RM35 sahaja seumur hidup

ATAU

2) Pilihan kedua: Hanya buat belian produk Shaklee minimum 100uv sahaja, bersamaan rm350 ke atas, anda boleh dapat keahlian secara percuma. 

nak lagi best bulan April 2023 ni kan ada promo set Rahmah? haa itu dah free membership rm99 je tau. Boleh check kat sini tau SET RAHMAH

Okey boleh roger Farah tau untuk sebarang pembelian. klik je link nanti terus direct ke Whatsapp Farah okey...

Untuk lain-lain pembacaan, boleh baca jugak Insentif Shaklee . Okey guys, till next entry okey ;) 



No comments