Showing posts with label Featured. Show all posts

4 TIPS MEMILIH MINYAK IKAN TERBAIK

Hai Assalamualaikum. Lepas raya ni berat naik berapa kilo dah? hihi

Ke berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul? ;P

Okey harini Farah nak share tips pemilihan minyak ikan terbaik. Minyak ikan ni kalau kita consume dengan cara yang betul dan konsisten, ia bagus untuk kesihatan. antaranya membekal kan Omega 3 dan 6, DHA, EPA yang bagus untuk perkembangan otak, selain mempercepatkan proses pembakaran lemak untuk yang nak kurus.




terdapat banyak jenama minyak ikan ni sebenarnya. kalau pergi ke Watson tak pun Guardian, memang pening nak pilih yang mana. Sebab tu Farah nak share tips simple untuk memilih minyak ikan terbaik.

TIPS YANG PERTAMA : Ketulenan. 

Kenapa ketulenan ni satu elemen penting untuk pemilihan minyak ikan? Ini adalah bagi mengelakkan kandungi mercuri, arsenik, dioksin  dan furan yang merbahaya untuk kesihatan kita jika diambil secara berterusan.

untuk dapatkan minyak ikan yang tulen, perlu melalui bebrapa proses penyulingan. Kaedah paling berkesan ialah penyulingan molekul berteknologi tinggi untuk membuang logam di dalam minyak ikan yang diekstrak.

Tahun 2010, sebuah kumpulan alam sekitar antarabangsa telah mendakwa beberapa pengeluar minyak ikan mempunyai terlalu banyak PCB (sejenis logam berat) dalam product mereka. termasuklah :

  • GNC Liquid Norwegian Cod Liver Oil
  • Nature Made Cod Liver Oil
  • Nature Made Odorless Fish Oil
  • Now Foods Double Strength Cod Liver Oil
  • Now Foods Salmon Oil
  • Now Foods Shark Liver Oil
  • Solgar 100% Pure Norwegian Shark Liver Oil Complex
  • Solgar Norwegian Cod Liver Oil
  • Twinlab Emulsified Norwegian Cod Liver Oild
  • Twinlab Norwegian Cod Liver Oil
Hati-hati memilih minyak ikan yang mempunyai logam berat. ia bahaya untuk organ dalaman kita.





TIPS YANG KEDUA : Saiz Ikan

kenapa saiz ikan ni penting? Semakin besar ikan, semakin banyak toksin yang dia dah serap dalam badan. Tengok jenis ikan juga.

untuk pilih minyak ikan, pilihlah dari sumber ikan kecil kerana bioaccumulation toksin yang lebih rendah.

TIPS YANG KETIGA : Lemak Ikan atau Minyak Ikan?

Ini tips penting. sila lihat pada label kandungan EPA dan DHA dalam minyak ikan di pasaran. ada jenama yang hanya 30% Omega 3, selebihnya LEMAK ikan, ada jenama yang 60% kandungan omega 3. Pilih lah yang bergred Pharmaceutical Grade Fish Oil, selalunya mempunyaikandungan Omega 3 85%.
Tengok ye perbezaan Omega Shaklee dengan jenama lain. 



TIPS YANG KEEMPAT : Kapsul yang Halal.

Selalunya bila sebut pasal kapsul, isunya adalah bahan diperbuat dari apa. adakah bovine (sapi) atau porcine (Khinzir). Kalau dari sumber bovine, adakah haiwan itu disembelih?

Isu Halal ini bukan perkara mudah. jadi pilihlah yang mempunya logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.




Itu antara 4 tips Farah pilih Minyak Ikan.

Minyak Ikan pilihan Farah semestinya OMEGA GUARD dari Shaklee yang memenuhi semua kriteria di atas.







Kenapa Saya Memilih Shaklee?

Assalamualaikum.

Hari ni Farah nak share kenapa Farah pilih Shaklee.

Shaklee mengubah hidup Farah. Seriously. Farah pregnantkan Mayra 5 bulan time tu, Farah diperkenalkan dengan Shaklee.

Farah pregnantkan Mayra masa tu akhir tahun (last sem dah) degree. bawak perut pergi lab buat FYP, pegi kelas. siap rempit tau naik skuter. Masa tu penatnya Ya Allah. penat sangat. Farah duduk kolej, so everything buat sendiri sampai lah ke basuh baju sekali pun. Suami jauh, PJJ la kiranya.

Sehari berjam-jam berdiri kat lab. extract kulit buluh. lama nak buat extraction tu. bali petang mesti tidur. yang tak bestnya tengah malam terjaga. sebab kaki cramp ;( sakit sangat, menjerit-jerit. roomate pun dah tahu, 3-4pagi tu memang waktu Farah cramp kaki.

Ikut kelas nutrition yang Farah masuk, cramp ni puncanya kurang kalsium. yes agreed. nak-nak pulak baby tengah nk develop. so memang perlukan kalsium yang tinggi sebab sharing dengan baby kan. Susu memang tak pernah miss setiap hari. 2 gelas sehari. Tapi cramp tak hilang ;( sakit yakmat. survived sorang-sorang. huhu.

Then tah macam mana, ada senior perkenalkan ostematrix. Cara penerangan dia sebijik macam dalam kelas nutrition. masa tu dah amazed la, wahhhhh, betul la apa akak ni cakap. sebijik macam lecturer ajar. dia kata kalsium ni perlukan magnesium untuk angkut, sebagai kenderaan. kalau tak ckup magnesium, kalsium akan berkumpul di kilang kalsium je. dia tak spread over untuk diserap. nisbah kena 1: (kalsium:magnesium), fakta ni betul lagi. so Farah beli lah ostematrix tu.

Kalau nak tahu, Farah ni jenis tak makan tablet, caplet, kapsul semua ni ye. tak reti telan. Tapi magically dengan ostematrix ni senang plak Farah telan. sebab dia ada technology easy to swallow. 4 biji sekali telan takde hal bro!


magically malam tu jugak cramp Farah gone! Ya Allah tidur pulak lena. dah lama tak dapat my beauty sleep. sejak pada tu memang cinta mati dengan Shaklee sampai sekarang ;)

yang bestnya, Shaklee ni buat kelas nutrisi tiap tiap bulan. dia lantik nutritionist dia sendiri untuk buat kelas. Kajian bertahun-tahun. guna bahan semula jadi. Terbukti berkesan. SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN, SENTIASA MESRA ALAM.




KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE

1) Bebas Bahan tercemar yang bahaya kepada manusia
Shaklee tapis dia punya bahan mentah, bebas dari 350 jenis bahan tercemar, pesticide dan ketidak tulenan bahan. Pernah ada kes Shaklee dapat bahan mentah tercemar, terus Shaklee reject the whole batch dari supplier tu. contoh bahan pencemar seperti logam berat (terutama arsenik, cadmium dan plumbum), sisa pelarut, radiasi dan microb yang menyebabkan makanan rosak atau tercemar.

2) Bebas gluten
Memnag berita baik untuk mereka yang sensitif gluten. Baik untuk perut dan sistem penghadaman kita. gluten ni apa? sejenis protein yang mengikat bahan supaya jadi lebih kenyal dan elastik. Makanan tinggi gluten mempunyai nutrisi yang kurang berbanding makanan yang gluten free.

3) Non-GMO
Product Shaklee bebas GMO dan mempunyai pengesahan piawaian melalui IPP (Identify Preserved Program). IPP adalah satu badan yang sangat dipercayai memastikan sumebr utama bahan yang digunakan kekal sebagai Non-GMO daripada peringkat pemprosesannya menjadi bahan dalam supplement.


Ha best ke tak best?

Korang nak Shaklee boleh whatsapp Farah okey. 0193449413
Cod Selangor/KL, Ipoh, Kuala Kangsar. Postage ke seluruh Malaysia ;)


12 kebaikan berpuasa dari perspektif sains.



12 kebaikan berpuasa dari perspektif sains.


Lepas baca point-point ni, mesti korang rasa Ya Allah banyak nya hikmah puasa. Indah nya Islam. Suruhan Allah tu banyak hikmahnya.


Baca satu-satu sampai habis tau. Ini semua dari sudut sains. Farah ambil dari ebook yang Farah beli. Kredit to Dr Malinda.



1. Menukarkan badan menjadi mesin ‘pembakaran lemak’ yang efektif.


Dalam keadaan biasa, badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tetapi apabila anda berpuasa, badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama.



2. Memperbaiki fungsi insulin.


Insulin yang tinggi dan tidak berfungsi dengan baik dalam badan (insulin resistance) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah tidak stabil. Insulin yang tinggi juga menyebabkan lebih banyak gula disimpan sebagai lemak didalam badan.dan kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga penyumbang kepada fungsi insulin. Satu interaksi kompleks yang menyumbang kepada obesiti.


Apabila anda berpuasa, lemak akan lebih banyak dibakar dan digunakan sebagai tenaga, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan insulin akan berfungsi dengan baik dan gula dalam darah akan menjadi lebih stabil.




3. Meningkatkan metabolisma.


Puasa akan menyebabkan sistem pencernaan anda berehat, tidak banyak makanan atau minuman untuk dicernakan terutamanya pada waktu siang. Usus yang lebih sihat akan menyebabkan proses pencernaan berlaku dengan lebih baik dan seterusnya membantu meningkatkan metabolisma anda.


Jika anda ada masalah sembelit dan sistem pencernaan yang tidak baik, ini akan memberi kesan negatif kepada keupayaan metabolisma anda untuk membakar kalori dan lemak dari makanan yang anda makan. Kesannya, lebih banyak lemak yang akan disimpan.


4. Puasa membantu mengawal rasa lapar.


Puasa akan memberi kesan positif kepada keseimbangan hormon Ghrelin dan Leptin yang mengawal rasa lapar dan kenyang.


Individu yang mengalami masalah obesiti biasanya mempunyai masalah dalam keseimbangan hormon ini akibat dari tabiat makanan berlebihan, diet tidak sihat yang merosakkan sistem signal kepada otak untuk memberi rasa kenyang dan lapar yang sempurna.


Puasa akan bertindak seperti butang ‘Re-Set’ yang akan membantu anda mengawal dan membaikpulih sistem kawalan rasa lapar dan kenyang di hypothalamus anda, ia mampu membezakan antara The Hunger vs Emotional
Hunger.


5. Puasa mengawal 'ketagihan makanan'


Jika anda mengalami masalah suka makan, emotional eating addictive snacking, food craving atau ketagihan pada makanan, puasa akan membantu anda mengawal ketagihan ini.


It's all in mind. Bila minda anda terlatih selama 4 minggu berpuasa, anda sebenarnya telah mampu untuk membuat satu corak tabiat pemakanan baru yang lebih sihat. konsisten terhadap perubahan ini dan anda akan mendapat kesan ynag baikuntuk kawalan jangkamasa panjang. Insya Allah.


6. Puasa mengurangkan risiko penyakit kronik.


Banyak kajian sains membuktikan bahawa berpuasa secara berkala mampu menurunkan tahap inflamasi atau radang dalam badan. Inflamasi adalah satu keadaan yang menyumbang kepada berlakunya penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Ia ibarat api dalam sekam ynag menunggu masa untuk terbakar.

Berpuasa mampu menurunkan tahap kolesterol LDL dan trigliseride, menurunkan tekanan darah, menstabilkan gula dan juga menurunkan biomarker kimia inflamasi dalam darah seperti hs-CRP, IFG-1, Fasting Insulin, Free Androgen Index dan Homocystein. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan risiko untuk penyakit kronik jangka masa panjang.

7. Puasa memperbaiki fungsi otak



Puasa memberi kesan positif kepada sel-sel otak kerana ia merangsang penghasilan sejenis protein yang dikenali sebagai Brain-derived neurotrophic factor (DBDNF).

BDNF mengaktifkan stem sel otak untuk membentuk neuron-neuron sel saraf yang baru dan merembeskan banyak bahanm kimia yang memberi impak positif kepada kesihatan sel-sel saraf otak. BDNF juga memberi perlindungan dan pencegahan kepada penyakit kesan dari kerosakan sel saraf otak seperti Alzheimer’s dan Parkinson/s disease.

8. Puasa Memperbaiki sistem imun

Puasa akan meningkatkan fungsi sistem imun kerana ia mengurangkan penghasilan radikal bebas, mengurangkan inflamasi, dan menyebabkan ‘kelaparan’ kepada sel-sel kanser.

Puasa akan menyebabkan keseimbangan bakteria baik dalam usus kerana kebanyakan bakteria dan kulat (candida sp) di dalam usus sangat bergantung kepada gula sebagai nutrisi mereka, pengambilan gula yang sangat rendah pada bulan puasa akan menyebabkan ‘kelaparan’ sel-sel tersebut.

9. Puasa membantu proses detoksifikasi

Detoksifikasi adalah satu proses natural badan untuk mengeluarkan toksin dan membaik pulih diri sendiri melalui organ perkumuhan seperti usus besar, hati, buah pinggang, kulit dan sistem limfa.

Berpuasa membantu proses ini berjalan lebih lancar kerana tiada makanan baru yang masuk ke dalam usus untuk proses pencernaan dan lemak-lemak yang tersimpan lama akan digunakan sebagai sumber tenaga. Apabila lemak-lemak ini dugunakan sebagai sumber tenaga, toksin dan asid-asid lemak akan keluar melalui organ-organ perkumuhan tadi.

10. Puasa sebagai rawatan anti-stress
Berpuasa menyebabkan kita akan merasa tenang dan sangat hampir dengan diri sendiri dan Maha Pencipta. Apabila perut tiada makanan yang perlu dihadam, lebih banyak tenaga yang boleh digunakan pelbagai ibadah wajib dan ibadah sunat ketika bulan Ramadhan.
Selain dari menahan lapar dan dahaga, kita juga dituntut untuk menahan rasa marah, sentiasa tersenyum, sabar, tenang, tidak b erkata sesuatu yang negative, sentiasa berprasangka baik, sentiasa berusaha untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT. Ini akan menjadikan kita lebih posotif, tenang dan optimistic dengan kehidupan.  Berpuasa akan lebih menundukkan nafsu dan meningkatkan tahap[ kesyukuran dalam diri kita – salah satu petua awet muda.

11. Puasa mencantikkan kulit

Haaa ni orang perempuan mesti suka ;)
Tak percaya?

Seriously.kerana bila proses detoksifikasi berlaku dengan lebih baik, pengambilan makanan yang lebih sihat, proses pembaikpulih sel termasuk sel-sel kulit akan menjadi bertambah baik. Bertambah seri lagi sengan amalan-amalan dibulan Ramadhan, pasti anda akan Nampak lebih langsing dan jelita di hari raya.

12. Puasa memanjangkan usia!

Percaya atau tidak, inilah hakikat yang dibuktikan oleh banyak kajian terkini.
Makan sikit jauh lebih baik dari makan banyak.  Ramai populasi supercentenarian (berusia 100 tahun ke atas) mempunyai tabiat begini. Kajian di Harvard University menunjukkan berpuasa secara berkala ataupun makan dalam kuantiti yang sedikit (caloric restriction) akan mengaktifkan Longevity genes iaitu SIRT-1 dan memberi kesan pemanjangan usia.
Puasa juga mampu untuk membantu mengelakkan kerosakan pada bahagian DNA yang mengawal usis seseornag yang disebut dalam teori ‘Telomerase’.
Pemakanan yang tidak sihat, fast food, bahan-bahan kimia, kurang aktif, stress dan pelbagai lagi gaya hidup yang tidak aktif akan memberi impak kepada saiz Telomerase. Seakin cepat pemendekan saiz Telomeras, semakin pendek juga usia sel dan usia seseorang.

TIPS BERPUASA UNTUK BREASTFEEDING MOMMY

Assalamualaikum semua ;)

Pejam celik pejam celik kita da masuk bulan Rejab. tak lama lagi dah nak Ramadhan. Dah habis ganti puasa ke tu? ;)

Kita sebagai breastfeeding mommy ni mesti risau kan? susu drop, cukup ke susu untuk anak, lapar ke nanti kalau puasa, kan? sama la macam Farah. semua negatif je keluar berkaitan puasa. sampai lah suatu hari, Farah berjaya puasa penuh satu hari. Itu satu kemenangan! yelah. kemenangan bagi breastfeed mommy yang makanan sentiasa ada je kan ;P

Sebenarnya agak sukar untuk memulakan. tapi sekali dah mula memang rasa bestnya puasa walaupun menyusu. Serious nikmat dan sebagai satu kemenangan sangat. feel dia lagi best dari masa kita mula-mula belajar berpuasa masa kecil.



Pengalaman 56 Hari Puasa Setahun sambil TANDEM NURSING DUA ORANG ANAK
Farah nak share pengalaman Farah pernah berpuasa 56 hari pada tahun 2016. 26 hari ganti puasa sebelum Ramadhan. sebabnya bersalinkan Mia tahun sebelum tu. bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan pun. tapi boleh la nak share pengalaman tu ;) Farah yakin ramai lagi Mommies hebat diluar sana. Macam mana Farah start? sebelum berpuasa, Farah buat beberapa perkara.

1. Planner
Yes, pentingnya planner okey. record semua planning nak puasa bila. contoh lagi 4 bulan nak Ramadhan, ada 26 hari tak ganti puasa lagi. bahagikan sebulan berapa hari. so dalam kes Farah, dalam 6-7 hari sebulan. so sebulan ada 4 minggu, kalau Farah puasa Isnin dan Khamis sahaja pun Farah dah boleh dapat 8 hari sebulan kan? So Farah tanda dalam planner. Day 1 sampai Day 26.

Planner ni sangat membantu. sebab planner ni buat semangat kita jadi kuat. sebabnya, bila dah habes sehari puasa, Farah akan colour kan hari tu dengan highlight. So semakin banyak warna pada planner, semakin puas hati dan semakin banyak kita berpuasa.



2. MINDSET
Farah suka tekankan mindset. MasyaAllah kuasa mindset ni sangat kuat. Minda separa sedar kita akan set kan apa yang kita perlukan. Bila mind set kita dah dapat, mudahnya berpuasa dan menyusukan.

Farah yakin kita bukan sahaja risau pasal susu merudum, tapi risau juga kena bangun awal, kena masak untuk berbuka, dan macam-macam lagi kita fikir. Apa Farah boleh bantu disini dengan MIND SET, kita mampu ubah semuanya.

I) Farah ubah MINDSET its okay to wake up early, BOLEH TAHAJUD! lepas sahur, boleh tajahud cinta :) lepas tu bangun awal boleh pam susu ;) YES. ubah kepada sesuatu yang menguntungkan kita. Farah orangnya bukan pam lepas subuh semua tu ye. Farah betul-betul pam masa anak takde dengan Farah. sebab masa anak-anak ada, Farah akan direct feed bergilir-gilir. penat dan sangat tak sempat untuk pam. so dengan bangun awal, InsyaAllah dapat cover stock hari itu. ;)

II) Ubah MIND SET dari tak cukup susu kalau berpuasa kepada "Badan aku sangat kuat untuk hasilkan susu walaupun  berpuasa. susu cukup untuk anak-anak" masyaAllah, bila Farah set macam ni, pam pkul 9am dan 12pm tu memang mencurah-curah susu. lepas pam biasa la lapar dan dahaga. itu normal. tapi you are strong enough mommy to fight that hunger!

III) Sebelum ni takut nak puasa sebab kena masak petang dan masak waktu sahur. UBAH MIND SET. Suami ada, boleh tolong masak. kedai banyak, Tapau je tomyam atau sup ayam ;) Senang kan? waktu sahur pula, masak lebih malam tu. insyaAllah esok tinggal panaskan aje. tak buang masa ;)

3. PEMAKANAN
Pemilihan makanan amat penting semasa berpuasa. Bersahur Farah akan pastikan minum air yang banyak serta kurangkan pengambilan nasi. lebihkan sayur dan protein. Apa yang Farah perasan, nasi yang banyak akan menyebabkan Farah cepat lapar. So, portion nasi dalam sesenduk setengah, yang lain Farah ambil protein, sayur dan buah. Protein tambahan Farah, Farah akan buat telur separuh masak. telur ni sangat bagus dan akan buat perut tahan lebih lama. Selain tu Farah topup dengan ESP (Energizing Soy Protein)+ Mealshake + Performance Drink dari shaklee. ESP sumber protein, Mealshake sumber serat dan nutrisi, performance drink pula adalah air isotonik untuk mengekalkan tubuh kita  terhidrat. Selain itu, Farah memang elakkan minum air manis semasa bersahur. air manis ni membuatkan kita cepat lapar.

Fakta di mana air manis buat kita cepat lapar adalah kerana Hyperglycemia. Apakah yang dimaksudkan dengan Hyperglycemia? Hyperglycemia bermaksud keadaan diabetes yang luar kawalan iaitu kandungan glukosa dalam darah yang tinggi secara tidak normal.


Ia terjadi apabila Glucosa dari dalam darah tidak dapat memasuki sell disebabkan oleh Kekurangan Insulin, atau Kerintangan Insulin ‘Insulin Resistance’
Akibatnya, badan tidak dapat menukar (convert) makanan yang dimakan kepada tenaga. Kekurangan tenaga itu akan menyebabkan kita mengalami lapar.
So, sebab ini jugak lah waktu sahur Farah prefer minum air kosong banyakkkk banyak..


Pinggan Farah memang suku-suku separuh. Suku nasi, suku Protein dan separuh sayur serta buah. sayur dan buah tinggi serat jadi kita akan kenyang lebih lama dan kekal terhidrat. Boleh cuba tips ni untuk ganti puasa ye mommies!
4. DOA DAN YAKIN

Cakap baik-baik, doa baik-baik. Cakap pun satu doa. Doa semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan.. Apa-apa pun perlu selalu positif. kalau dah tak larat sangat nak puasa, bayarlah fidyah. kita ada ruqsah untuk ibu mengandung, menyusu. Islam ni agama yang mudah. jangan susahkan diri dan mula salahkan keadaan sekeliling. Farah pulak suka berpuasa sebab nak rehat kan perut. insyaAllah, puasa banyak hikmahnya. tipula balik rumah tu tak lembik. anak dua dua menyusu lepas balik dari UiTM. masa tu nak angkat tangan pun tak larat tau!

last sekali, kita sendiri tahu kemampuan diri kita. farah tahu kemampuan diri. asbab nk ganti 26 hari tu sebab nak latih diri berpuasa menjelang Ramadhan. masa Ramadhan nanti badan dah boleh adapt dengan rutin baru ;) insyaAllah.


Nak order set ramadhan boleh roger Farah tau. ESP sekarang tengah promo. beli 5 dapat voucher rm50 dan FREE postage ;) meh klik link -> www.wasap.my/60193449413

TRAVEL DENGAN EBM

Assalamualaikum wbt.

Bersyukur ke hadrat Ilahi Farah diberi kekuatan untuk berkongsi lagi pada hari ini.

Sebenarnya Farah nak berkongsi tips travel dengan EBM. lama dah peram posting ni ;P 2016 youuuuuuuu. dua tahun dah. tapi takpe, semoga dapat menjadi panduan berguna kepada mommy menyusu yang nak travel nanti.

Farah travel 5 hari 4 malam ke Indonesia. masa tu fakulti buat International Conference kat sana. nak taknak as student under fakulti kena pergi. betul tak? ;P tapi masa ni dilemma lahai... Mia baru 11 bulan time tu. kalau bawak siapa nak jaga? kalau tinggal macam mana susu? aduii serabut tau. Mayra pun masih menyusu time tu. Mayra memang direct feed je. dia tak minum susu ebm. sanggup tunggu mommy balik baru menyusu. sebab tu senang wean off dia hehe.

                                                    Padang, Indonesia

DUGAAN

Masa nak pergi ke sana, seminggu sebelum pergi electric pump Farah buat hal ;( Bateri out. ni manufacture defect. biasala antara 20, satu mesti defect. Farah dah down gila. nak anta repair makan masa 2 minggu untuk check. ah sudahhhh. cemana ni..... memang perlu plug in jelah. haih. dugaan breastfeeding mommy. so Farah study alternatif lain. akak yang Farah beli breastpump tu pun ada suggest bawak power bank, beli cable. Farah xsempat nak cari. power bank ada. tapi cable tu. huhu. so alternatif lain Farah bawak pam manual. manual ni lambat sikit la tapi sangat berguna ketika kecemasan.

PERSEDIAAN TRAVEL WITH EBM

First time berjauhan dengan babies..

5 hari 4 malam satu jangka masa yang lama untuk breastfeeding mommy macam Farah☺️

Susah hati macam mana nak uruskan susu. Dari segi storage, waktu pam..Memang kena curi masa untuk pam. Alhamdulillah, Allah sangat mengizinkan niat murni mommy nak bawa balik titisan emas buat anak syurga.. Dikelilingi dengan kawan-kawan yang sangat membantu. Terima kasih semua (you know who you are)
Sekadar berkongsi pengalaman. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk mommies yg bakal outstation nanti 

Check list barang-barang breastfeeding.

1. Pump. Farah bawak 2. 1 electric pump. 1 manual pump. In case pape jadi, mmg senang ade 2. (reason bawak dua pump Farah cerita kat atas ;P)

2. Storage plastic. Untuk store susu. Farah berpendapat, lagi senang bawak guna plastik storage. Tapi jangan isi penuh. Contoh plastik 12oz, saya isi 4-5oz sahaja. So senang. InsyaAllah tak pecah.. Untuk 5 hari ni, saya bawak 1 kotak autumn 12oz. Itu pon cukup-cukup je. Hari last before flight, pump dan masok botol. So di nasihatkan bawak lebih plastik storage.

3. Ice pack. Bawak icepack lebih. Tumpang deep freezer hotel. InsyaAllah mereka sangat membantu..

4. Thermal insulated bag atau ice box. Farah bawak bag je. Bag silver tu. Beli kat aeon mall, tempat coleman ice box. Rm34.90 jee. 250L kot paling besar. Ideanya nak bubuh susu dalam luggage. Thats why beli bag je. Tapi atas nasihat kawan-kawan, diorang cakap hand carry sebab cargo panas. ( Farah tak sure, diorang cakap)


                                     Beg silver yang Farah beli. Dalam tu penuh susu!

5. Sabun basuh botol dan pump.

6. Marker atau labeling sticker untuk label ebm.

7. Zipper plastik ikea/ daiso. Senang untuk korang sort kan ari dan letak dalam fridge hotel. So takde lah bersepah ebm tu hokey. Label nama korang, bilik, dari Malaysia (in case tumpang hotel punya fridge)

8. Universal adapter + extension. Untuk charge pump la charge fon la.. Charge power bank la.. Penting !

9. Supplement! Saya ambil vitalea dan vitamin c. Waktu travel vitamin c memang sangat penting untuk sistem immune kita. Selain tu Farah bawak ESP. shake je kalau lapar. ;)

10. Snack. Mommy menyusu ni memang cepat lapar. Farah bawak biskut high fiber. Boleh tahan lama sket sementara nak ambil heavy meal. Kawan-kawan pon selalu hulur roti sebab tau Farah perut naga hahahaha. Air. Sila minum plenty of plain water to keep hydrated! Please mommies. Air sangat penting yeee. Selain plain water Farah suka minum jus avocado masa di Padang. Milk booster !

11. Shawl. Ni untuk cover masa pump. ☺️

                                                    Selamat landed dalam Deep freezer ;)
 Tips pengendalian ebm
1. Baca blog-blog orang yang pernah travel with ebm. Baca baca baca. Gali ilmu.

2. Bilik hotel yang ada fridge. In case takde, tumpang kitchen hotel atau bilik kawan yang ada fridge.InsyaAllah mereka sangat membantu. Tapi store with proper la.. Farah store bubuh dalam zipper bag ikea. Label. So that tak la bersepah fridge diorang.

3. Cari waktu untuk pump. Sacrifice. Orang makan kt luar, kita tapau. Sebab nk jimat masa. Taknak bengkak. Kena tetapkan waktu pump. Sepatutnya 3jam sekali. Tapi kalo dpt pagi tghari petang malam, sebelum tido dan bangun tido dah okey dah tu.. InsyaAllah..

4. Airport. Sebelum check in luggage, tanya pihak airport untuk hand carry. Farah tanya salah seorang pekerja. Dia cakap 50-50. Kena tanya kastam. Masa tu memang nak pecah dada dah berdebar. Berdebar berat luggage (taknak tambah duit haha!) plus berdebar lepas dengar dia cakap macam tu, macam nak pecah dah dada. Tangan mengetar, ketiak berpeluh (haha) dek kerana berdebar. Masa tu zikir dan doa je semoga semua dipermudahkan.

5. Plan nak keep ebm chill atau frozen. Macam Farah lepas dah gali ilmu, decide nak keep chill. Lagi senang nak diuruskan. InsyaAllah.

6. Kalo pump malam dan subuh, in case macam saya, bilik takde fridge (cabaran dan dugaan mommy-salah sendiri tak check hotel ada fridge ke tak. Tapi Alhamdulillah salah satu dari kawan-kawan dalam bilik ada fridge. Tumpang diorang aje) takpe. Jangan risau. Esok masa breakfast baru masokkan dalam chiller. Sebab susu fresh tahan 8jam dalam air condition. Rileks okey mommies.

7. Last but not least, perbetulkan niat. Niat Farah nk berjihad fisabilillah. Belajar kan. Menuntut ilmu. InsyaAllah anak-anak akan okey. Emosi before pergi tu kena manage dah. Sebab mempengaruhi penghasilan susu okey! Walaupon hari last tu memang nak tumpah dah air mata, rindu woi. Ingat senang ke tinggal anak breastfeeding ni.. Ikatan ibu dan anak ni memang tak dapat di describe. Sesiapa yang breastfeed, memang tahu perasaan Farah ni huhuhu.

Itu saja lah yang dapat Farah kongsikan.. Terima kasih yang tak terhingga kepada suami dan parents in law tolong jagakan permata hati berdua Aisyah Humaira (2y 6m) dan Aisyah Damia (11m). Without you, I can't do this. Thank you so much. Tak lupa kepada kawan-kawan yang tolong cover pump dalam bas, dalam van, roommate yang sudi dengar bunyi pump, kawan-kawan tolong tapau makanan, tolong teman pump kt surau, tumpang fridge. MasyaAllah, besar sungguh pahala you alls tolong Farah menjayakan penyusuan ni. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. Sayang sampai syurga.



                                         Hand carry susu. Safely landed at KLIA. Tq Roomate! ;)


Sebarang pertanyaan atau pembelian supplement shaklee boleh whatsapp Farah okey www.wasap.my/60193449413

PENGALAMAN PENYUSUAN TANDEM NURSING

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Farah sihat Alhamdulillah. 2018 masih berempat. belum ada rezeki nak tambah ahli baru ;) masih struggle nak habiskan master Farah. stage menunggu permission supervisor untuk intention to submit. doakan Farah tau!

Aisyah Humaira dan Aisyah Damia. dua puteri Farah. kenapa namakan Aisyah? Farah sangat kagum dengan peribadi Saidatina Aisyah ra. MasyaAllah, semoga anak-anak mommy mempunyai peribadi seperti Saidatina Aisyah ra, isteri kesayangan Rasulullah saw.

Anak-anak Farah mengajar Farah erti kesabaran. dari mengandung sampailah melahirkan dan sekarang Aisyah Humaira dah tadika pun ;) Aisyah Damia menginjak usia 3 tahun. masih menyusu badan ;) Alhamdulillah, rezeki anak-anak mommy, mommy masih mampu menyusukan sampai sekarang.

Okay kita terus masuk topik harini. pengalaman penyusuan dari mengandung sampai sekarang. post Farah kalini agak panjang. memang banyak pengalaman nak share terutamanya untuk TANDEM nursing mommy. Ye, Farah tandem nursing selama dua tahun lebih. yang sulung dah nak masuk sekolah baru berhenti susu. mommy yang tak sampai hati nak wean off. hihi.

MENGANDUNG SEMASA TAHUN AKHIR DIUNIVERSITI
Farah mengandung masa belajar lagi. kahwin masa cuti sem akhir, then mengandung masa buat FYP. Husband kat Perak, Farah kat Uitm Shah Alam. duduk kolej.. siap rempit dengan skuter pergi kelas ;P Biasalah dah FYP untuk budak Sains memang duduk lab jelah. penat. memang penat. Masa ni balik petang je tidur. melepet kat bilik. esok pagi plak selagi tak pukul 12 memang tak bangun. Kelas pagi plak asyik cancel je, memang best la mommy tidur. hihihi.

                                              Mommy Dalam Lab dah Habis Buat Kerja

Best tau pregnant time belajar. kawan-kawan memang akan dahulukan kita bab makan hihihi. ada tu acah-acah tanya mommy teringin makan apa? jom kita pergi. padahal tekak diorang yang nak makan. ;P saje bagi mommy sebagai "cagaran". tapi part tak best kan, dah siang aktif sana sini, turun naik tangga, berdiri dalam lab, malam nye pukul 3-4pagi mesti WAJIB CRAMP ;(. suami takde tau. sendiri lah melayani cramp. roommate budak lagi. so dia pun blur tak tahu nak buat apa. So melayan lah sendiri sakit tu. Tapi rezeki mommy, mommy diperkenalkan dengan ostematrix time tu. magically terus hilang. mommy minum susu tau before tu, tapi cramp tetap terjadi setiap malam. makan je OSTEMATRIX shaklee terus hilang cramp. so ini lah detik mommy jatuh cinta dengan shaklee.

                                          Kawan-kawan melayan tekak mommy ;)

SKOR DEKAN SEMASA MENGANDUNG 
Mommy pregnant 6 Bulan Aisyah Humaira, kena jawab final exam. dugaan time tu maha dasyat! dugaan TIDUR je., taknak study ;(. Serius every paper memang mommy study ayam je. Tapi Mayra tolong mommy masa jawab paper ;) Thank you sayang. soalan ada 6, perlu pilih 4 untuk dijawab. each soalan tu 10M je mommy tahu jawab. selebihnya 15M lagi mommy tak yakin dengan jawapan! ;P sebab in total 1 soalan 25Marks. lepas tu mommy pegang perut. "sayang, tolong mommy okey". Mayra tolong dengan pergerakan. soalan yang dia tak nak mommy jawab dia tak gerak. soalan yang dia nak mommy jawab dia gerak. hihi. guess what? mommy skor dekan tau! rezeki anak-anak kan?Alhamdulillah.

BERMULA NYA PERJALANAN PENYUSUAN



Mommy balik kampung untuk bersalin masa tu dah nak dekat 7 bulan. So prepare untuk deliver sume. 30.10.2013, 2025pm lahirlah Aisyah Humaira Binti Mohd Hasbullah. Bermulah perjalanan penyusuan mommy. Ingatkan mudah. rupanya, Allah sahaja tahu perasaan masa tu. Kekok anak pertama kan. bersalin pulak di hospital swasta, nurse tak membantu sangat proses penyusuan ;( Sehari di wad, dibenarkan baliik. husband kerja, so duduk rumah mertua dulu. setiap hari try latch on Aisyah Humaira. tak dapat. so terpaksa bagi dia susu formula. sedihhhhhhhh. di rumah mertua terbatas sikit pergerakan. malu-malu lagi. so masa tu sangat stress anak taknak menyusu. lepas tiga hari berurut, breast bengkak! sakitnya masyaAllah, dahla baby tak pandai latch on. masa tu nk perah ke apa ke memang tak boleh. sebab sakit. menangis-nangis depan adik ipar. menangis sebab tak dapat latch on dan juga sakit sebab breast dah bengkak. Menangis sebab rasa useless. im not a perfect mom! tak dapat bagi baby sendiri menyusu. Ya Allah stress nya time tu. Dengan sembelit lagi. bayangkan hari ke 5 berpantang baru rasa nak buang air besar? toksin berapa banyak daaaaaa....petang tu juga suruh husband belikan pump. masa mengandung tak ready gajet penyusuan. sebab ingat nak jaga anak dulu, taknak kerja, so direct feed je.


DAH PANDAI LATCH ON!
Tapi Farah silap. memang kita perlukan semua tu. kena ready time mengandung lagi. so, Farah try pump, tak boleh jugak. search youtube tengok cara marmet semua. keluar sket-sket je susu. bayangkan breast bengkak susu keluar sikit, anak tak pandai direct latch. hari ke 5, Farah balik kuala kangsar rumah mama. bagitau kat mama badan sakit-sakit ni. sebab bengkak susu. mama ajak masuk bilik, bertiga dengan mama, baby, dan Farah. mama sendal belakang farah dengan bantal, duduk berlunjur atas katil. mama ampu baby guna bantal. masa ni Aisyah Humaira betul-betul lapar. terus tokma dia masukkan puting ke mulut. dia mengamuk-ngamuk tak dapat susu. sekali dia hisap, terasa pergerakan susu! dia dah dapat latch! sambil tu tokma pujuk "susu la sayang tokma. sayang pandai kan". mama pesan pujuk anak, jangan senyap je. masa dia dah dapat susu tu masyaAllah, rasa hebatnya menjadi seorang ibu. rasa bestnya dapat bekalkan susu kepada anak sendiri. Ya Allah... tak tergambar perasaan tu.


NIPPLE CRACK!
Lepas dah latch on, masalah lain pulak datang. Nipple crack. Ya Allah dua minggu Farah menanggung kesakitan tau. sakit sangat-sangat. petua mama lepas menyusu sapu balik susu kita kat nipple tu. Alhamdulillah even slow healing tapi tak guna pun sebarang cream untuk sapu kat situ. my breastfeeding journey was going on smooth and easy from that dayyyyy. Alhamdulillah. susu pun banyak masa dalam pantang memang sehari 3-4 kali salin baju. susu melimpah ruah! Rezeki sangat.

DIUJI LAGI

Ujian kali ni memang Farah terkesan sungguh. sekuat mana pun keazaman kita untuk breastfeed anak sampai dua tahun, tapi Allah sebaik-baik perancang. Farah pregnant masa Aisyah Humaira 10 bulan! sebulan tau menangis. sedih sebab tak dapat breastfeed kan Aisyah Humaira lagi. Then came across posting pasal tandem nursing. Cari maklumat pasal pregnant dan susu kan baby. Lepas tu tanya Dr, boleh tak saya susukan anak masa pregnant ni? dia cakap NO! TAK BOLEH! Nurse semua pakat marah ;( tak membantu okey. then Farah nekad je susukan Aisyah Humaira sebab kandungan sihat dan stabil. perut memboyot, Aisyah Humaira menyusu. hehe. bila ingat memang kenangan sangat.

SAMBUNG BELAJAR ;)

Usia kandungan 4 bulan, rezeki dapat sambung belajar ;) memboyot lah ke fakulti. turun naik tangga. makan makan makan. belajar, makan. belajar, makan. present sana, aktiviti sini interview sana. Before bersalin, 13th May 2015 siap pergi fakulti hanta proposal sebab nak present defense research proposal. Malam nya pecah ketuban. esok pagi 10.14am keluar la Aisyah Damia. 5 hari duduk wad. Aisyah Damia G6PD deficiency. Menangis makkkk. yela rindu Aisyah Humaira. 5 hari tak menyusu dia ;( Masa Aisyah Damia the journey was smooth and easy. second baby kan ;) Alhamdulillah.

TANDEM NURSING

kali ni direct balik Kuala Kangsar. sebab mak mertua uruskan adik ipar bersalin 2 hari sebelum Farah. dua cucu mak mertua dapat terus ;P nampak je muka mommy, Aisyah Humaira terus nak menyusu. Mama marah bagi dia susu. tapi Farah buat pekak. beru setahun 5 bulan time tu. tak sampai hati nak wean off. huhu. dalam pantang memang stress. anak menyusu dua-dua. lapar takpayah cakap la. makan je sokmo. masa adik kecik terpaksa mengiring, kakak atas badan mommy dan menyusu. dapat bayangkan cemana? seksa, patah pinggang. tapi I enjoy the journey. I blend well. saya stress pun husband je tahu hihi. Susu Alhamdulillaah. meriah sangat. Selama 2 Tahun lebih Farah tandem nursing. macam mana tah Farah boleh survive. belajar, research, thesis, anak-anak, pam susu, suami, rumahtangga. Alhamdulillah. Allah bagi kekuatan kepada mommy.

BELAJAR DAN PUMP 

WAJIB pam setiap hari. malas nk pergi surau Farah pam dekat cubicle tu je. gasak lah! hahahah. masa Damia 5 bulan, siap bawak field visit ke Johor. kitorang ronda Johor. Masa tu risau nk tinggal dengan Daddy. Kakak mommy hantar balik kampung. Damia memang survival dari dalam perut. so dia okey je ikut mommy ke mana-mana masa mommy belajar. sebab breastfeed kan. kawan-kawan pulak bagi sokongan padu. terima kasih semua ;) Belum lagi Farah tinggalkan anak-anak seminggu pergi Indonesia untuk present paper. nanti Farah cerita dalam post lain berkenaan ahndle EBM masa travel. 
                                           AISYAH DAMIA ikut mommy field trip ke johor :)

NUTRISI SEMASA MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSU (TANDEM NURSING)

Kalau nak tahu, Farah memang ambil set lengkap pre-natal dan post-natal shaklee. sangat-sangat membantu semasa Farah hami dan menyusu, berpantang dan menyusu dua-dua anak. 

ESP- Membekalkan tenaga segera. sumber protein dari soya. petua Farah susu meriah jugak! Selain tu kulit muka sangat lembut dan glowing consume ESP tau.

BCOMPLEX - terdapat 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan. berfungsi untuk mengurangkan stress.
Vitalea- Multivitamin mempunyai 28jenis vitamin yang memenuhi keperluan badan. memberikan tenaga kepada ibu mengandung, berpantang dan menyusu. jika HB low semasa mengandung, sangat recommend ambil vitalea.
Vitamin C- Bagus untuk sistem imun, kesihatan gusi dan juga pemulihan luka selepas bersalin. Bagus juga untuk kecantikan kulit. 
Omega Guard- ni paling best. sumber EPA DHA, Omega 3 dan 6 sangat bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan dan semasa menyusu, bekalkan omega 3 kepada bayi melalui susu. yang bestnye Omega ni membakar lemak. mommy cepat kurus tau ;P
Alfalfa- Milk booster terbaik. Raja segala tumbuhan. Sebagai kacip fatimah moden juga. (ambil semasa pantang dan menyusu sahaja)
Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium, vitamin D kepada ibu mengandung, menyusu dan berpantang.





  Mommy 2014 dan 2017. 2017 lebih konsisten ambil set postnatal ;)

Sebarang pembelian vitamin boleh whatsapp Farah ye ;) www.wasap.my/60193449413