TIPS BERPUASA UNTUK BREASTFEEDING MOMMY

Assalamualaikum semua ;)

Pejam celik pejam celik kita da masuk bulan Rejab. tak lama lagi dah nak Ramadhan. Dah habis ganti puasa ke tu? ;)

Kita sebagai breastfeeding mommy ni mesti risau kan? susu drop, cukup ke susu untuk anak, lapar ke nanti kalau puasa, kan? sama la macam Farah. semua negatif je keluar berkaitan puasa. sampai lah suatu hari, Farah berjaya puasa penuh satu hari. Itu satu kemenangan! yelah. kemenangan bagi breastfeed mommy yang makanan sentiasa ada je kan ;P

Sebenarnya agak sukar untuk memulakan. tapi sekali dah mula memang rasa bestnya puasa walaupun menyusu. Serious nikmat dan sebagai satu kemenangan sangat. feel dia lagi best dari masa kita mula-mula belajar berpuasa masa kecil.



Pengalaman 56 Hari Puasa Setahun sambil TANDEM NURSING DUA ORANG ANAK
Farah nak share pengalaman Farah pernah berpuasa 56 hari pada tahun 2016. 26 hari ganti puasa sebelum Ramadhan. sebabnya bersalinkan Mia tahun sebelum tu. bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan pun. tapi boleh la nak share pengalaman tu ;) Farah yakin ramai lagi Mommies hebat diluar sana. Macam mana Farah start? sebelum berpuasa, Farah buat beberapa perkara.

1. Planner
Yes, pentingnya planner okey. record semua planning nak puasa bila. contoh lagi 4 bulan nak Ramadhan, ada 26 hari tak ganti puasa lagi. bahagikan sebulan berapa hari. so dalam kes Farah, dalam 6-7 hari sebulan. so sebulan ada 4 minggu, kalau Farah puasa Isnin dan Khamis sahaja pun Farah dah boleh dapat 8 hari sebulan kan? So Farah tanda dalam planner. Day 1 sampai Day 26.

Planner ni sangat membantu. sebab planner ni buat semangat kita jadi kuat. sebabnya, bila dah habes sehari puasa, Farah akan colour kan hari tu dengan highlight. So semakin banyak warna pada planner, semakin puas hati dan semakin banyak kita berpuasa.



2. MINDSET
Farah suka tekankan mindset. MasyaAllah kuasa mindset ni sangat kuat. Minda separa sedar kita akan set kan apa yang kita perlukan. Bila mind set kita dah dapat, mudahnya berpuasa dan menyusukan.

Farah yakin kita bukan sahaja risau pasal susu merudum, tapi risau juga kena bangun awal, kena masak untuk berbuka, dan macam-macam lagi kita fikir. Apa Farah boleh bantu disini dengan MIND SET, kita mampu ubah semuanya.

I) Farah ubah MINDSET its okay to wake up early, BOLEH TAHAJUD! lepas sahur, boleh tajahud cinta :) lepas tu bangun awal boleh pam susu ;) YES. ubah kepada sesuatu yang menguntungkan kita. Farah orangnya bukan pam lepas subuh semua tu ye. Farah betul-betul pam masa anak takde dengan Farah. sebab masa anak-anak ada, Farah akan direct feed bergilir-gilir. penat dan sangat tak sempat untuk pam. so dengan bangun awal, InsyaAllah dapat cover stock hari itu. ;)

II) Ubah MIND SET dari tak cukup susu kalau berpuasa kepada "Badan aku sangat kuat untuk hasilkan susu walaupun  berpuasa. susu cukup untuk anak-anak" masyaAllah, bila Farah set macam ni, pam pkul 9am dan 12pm tu memang mencurah-curah susu. lepas pam biasa la lapar dan dahaga. itu normal. tapi you are strong enough mommy to fight that hunger!

III) Sebelum ni takut nak puasa sebab kena masak petang dan masak waktu sahur. UBAH MIND SET. Suami ada, boleh tolong masak. kedai banyak, Tapau je tomyam atau sup ayam ;) Senang kan? waktu sahur pula, masak lebih malam tu. insyaAllah esok tinggal panaskan aje. tak buang masa ;)

3. PEMAKANAN
Pemilihan makanan amat penting semasa berpuasa. Bersahur Farah akan pastikan minum air yang banyak serta kurangkan pengambilan nasi. lebihkan sayur dan protein. Apa yang Farah perasan, nasi yang banyak akan menyebabkan Farah cepat lapar. So, portion nasi dalam sesenduk setengah, yang lain Farah ambil protein, sayur dan buah. Protein tambahan Farah, Farah akan buat telur separuh masak. telur ni sangat bagus dan akan buat perut tahan lebih lama. Selain tu Farah topup dengan ESP (Energizing Soy Protein)+ Mealshake + Performance Drink dari shaklee. ESP sumber protein, Mealshake sumber serat dan nutrisi, performance drink pula adalah air isotonik untuk mengekalkan tubuh kita  terhidrat. Selain itu, Farah memang elakkan minum air manis semasa bersahur. air manis ni membuatkan kita cepat lapar.

Fakta di mana air manis buat kita cepat lapar adalah kerana Hyperglycemia. Apakah yang dimaksudkan dengan Hyperglycemia? Hyperglycemia bermaksud keadaan diabetes yang luar kawalan iaitu kandungan glukosa dalam darah yang tinggi secara tidak normal.


Ia terjadi apabila Glucosa dari dalam darah tidak dapat memasuki sell disebabkan oleh Kekurangan Insulin, atau Kerintangan Insulin ‘Insulin Resistance’
Akibatnya, badan tidak dapat menukar (convert) makanan yang dimakan kepada tenaga. Kekurangan tenaga itu akan menyebabkan kita mengalami lapar.
So, sebab ini jugak lah waktu sahur Farah prefer minum air kosong banyakkkk banyak..


Pinggan Farah memang suku-suku separuh. Suku nasi, suku Protein dan separuh sayur serta buah. sayur dan buah tinggi serat jadi kita akan kenyang lebih lama dan kekal terhidrat. Boleh cuba tips ni untuk ganti puasa ye mommies!
4. DOA DAN YAKIN

Cakap baik-baik, doa baik-baik. Cakap pun satu doa. Doa semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan.. Apa-apa pun perlu selalu positif. kalau dah tak larat sangat nak puasa, bayarlah fidyah. kita ada ruqsah untuk ibu mengandung, menyusu. Islam ni agama yang mudah. jangan susahkan diri dan mula salahkan keadaan sekeliling. Farah pulak suka berpuasa sebab nak rehat kan perut. insyaAllah, puasa banyak hikmahnya. tipula balik rumah tu tak lembik. anak dua dua menyusu lepas balik dari UiTM. masa tu nak angkat tangan pun tak larat tau!

last sekali, kita sendiri tahu kemampuan diri kita. farah tahu kemampuan diri. asbab nk ganti 26 hari tu sebab nak latih diri berpuasa menjelang Ramadhan. masa Ramadhan nanti badan dah boleh adapt dengan rutin baru ;) insyaAllah.


Nak order set ramadhan boleh roger Farah tau. ESP sekarang tengah promo. beli 5 dapat voucher rm50 dan FREE postage ;) meh klik link -> www.wasap.my/60193449413

No comments