Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Farah sihat Alhamdulillah. 2018 masih berempat. belum ada rezeki nak tambah ahli baru ;) masih struggle nak habiskan master Farah. stage menunggu permission supervisor untuk intention to submit. doakan Farah tau!
Aisyah Humaira dan Aisyah Damia. dua puteri Farah. kenapa namakan Aisyah? Farah sangat kagum dengan peribadi Saidatina Aisyah ra. MasyaAllah, semoga anak-anak mommy mempunyai peribadi seperti Saidatina Aisyah ra, isteri kesayangan Rasulullah saw.
Anak-anak Farah mengajar Farah erti kesabaran. dari mengandung sampailah melahirkan dan sekarang Aisyah Humaira dah tadika pun ;) Aisyah Damia menginjak usia 3 tahun. masih menyusu badan ;) Alhamdulillah, rezeki anak-anak mommy, mommy masih mampu menyusukan sampai sekarang.
Okay kita terus masuk topik harini. pengalaman penyusuan dari mengandung sampai sekarang. post Farah kalini agak panjang. memang banyak pengalaman nak share terutamanya untuk TANDEM nursing mommy. Ye, Farah tandem nursing selama dua tahun lebih. yang sulung dah nak masuk sekolah baru berhenti susu. mommy yang tak sampai hati nak wean off. hihi.
MENGANDUNG SEMASA TAHUN AKHIR DIUNIVERSITI
Farah mengandung masa belajar lagi. kahwin masa cuti sem akhir, then mengandung masa buat FYP. Husband kat Perak, Farah kat Uitm Shah Alam. duduk kolej.. siap rempit dengan skuter pergi kelas ;P Biasalah dah FYP untuk budak Sains memang duduk lab jelah. penat. memang penat. Masa ni balik petang je tidur. melepet kat bilik. esok pagi plak selagi tak pukul 12 memang tak bangun. Kelas pagi plak asyik cancel je, memang best la mommy tidur. hihihi.
Mommy Dalam Lab dah Habis Buat Kerja
Best tau pregnant time belajar. kawan-kawan memang akan dahulukan kita bab makan hihihi. ada tu acah-acah tanya mommy teringin makan apa? jom kita pergi. padahal tekak diorang yang nak makan. ;P saje bagi mommy sebagai "cagaran". tapi part tak best kan, dah siang aktif sana sini, turun naik tangga, berdiri dalam lab, malam nye pukul 3-4pagi mesti WAJIB CRAMP ;(. suami takde tau. sendiri lah melayani cramp. roommate budak lagi. so dia pun blur tak tahu nak buat apa. So melayan lah sendiri sakit tu. Tapi rezeki mommy, mommy diperkenalkan dengan ostematrix time tu. magically terus hilang. mommy minum susu tau before tu, tapi cramp tetap terjadi setiap malam. makan je OSTEMATRIX shaklee terus hilang cramp. so ini lah detik mommy jatuh cinta dengan shaklee.
Kawan-kawan melayan tekak mommy ;)
SKOR DEKAN SEMASA MENGANDUNG
Mommy pregnant 6 Bulan Aisyah Humaira, kena jawab final exam. dugaan time tu maha dasyat! dugaan TIDUR je., taknak study ;(. Serius every paper memang mommy study ayam je. Tapi Mayra tolong mommy masa jawab paper ;) Thank you sayang. soalan ada 6, perlu pilih 4 untuk dijawab. each soalan tu 10M je mommy tahu jawab. selebihnya 15M lagi mommy tak yakin dengan jawapan! ;P sebab in total 1 soalan 25Marks. lepas tu mommy pegang perut. "sayang, tolong mommy okey". Mayra tolong dengan pergerakan. soalan yang dia tak nak mommy jawab dia tak gerak. soalan yang dia nak mommy jawab dia gerak. hihi. guess what? mommy skor dekan tau! rezeki anak-anak kan?Alhamdulillah.
BERMULA NYA PERJALANAN PENYUSUAN
Mommy balik kampung untuk bersalin masa tu dah nak dekat 7 bulan. So prepare untuk deliver sume. 30.10.2013, 2025pm lahirlah Aisyah Humaira Binti Mohd Hasbullah. Bermulah perjalanan penyusuan mommy. Ingatkan mudah. rupanya, Allah sahaja tahu perasaan masa tu. Kekok anak pertama kan. bersalin pulak di hospital swasta, nurse tak membantu sangat proses penyusuan ;( Sehari di wad, dibenarkan baliik. husband kerja, so duduk rumah mertua dulu. setiap hari try latch on Aisyah Humaira. tak dapat. so terpaksa bagi dia susu formula. sedihhhhhhhh. di rumah mertua terbatas sikit pergerakan. malu-malu lagi. so masa tu sangat stress anak taknak menyusu. lepas tiga hari berurut, breast bengkak! sakitnya masyaAllah, dahla baby tak pandai latch on. masa tu nk perah ke apa ke memang tak boleh. sebab sakit. menangis-nangis depan adik ipar. menangis sebab tak dapat latch on dan juga sakit sebab breast dah bengkak. Menangis sebab rasa useless. im not a perfect mom! tak dapat bagi baby sendiri menyusu. Ya Allah stress nya time tu. Dengan sembelit lagi. bayangkan hari ke 5 berpantang baru rasa nak buang air besar? toksin berapa banyak daaaaaa....petang tu juga suruh husband belikan pump. masa mengandung tak ready gajet penyusuan. sebab ingat nak jaga anak dulu, taknak kerja, so direct feed je.
DAH PANDAI LATCH ON!
Tapi Farah silap. memang kita perlukan semua tu. kena ready time mengandung lagi. so, Farah try pump, tak boleh jugak. search youtube tengok cara marmet semua. keluar sket-sket je susu. bayangkan breast bengkak susu keluar sikit, anak tak pandai direct latch. hari ke 5, Farah balik kuala kangsar rumah mama. bagitau kat mama badan sakit-sakit ni. sebab bengkak susu. mama ajak masuk bilik, bertiga dengan mama, baby, dan Farah. mama sendal belakang farah dengan bantal, duduk berlunjur atas katil. mama ampu baby guna bantal. masa ni Aisyah Humaira betul-betul lapar. terus tokma dia masukkan puting ke mulut. dia mengamuk-ngamuk tak dapat susu. sekali dia hisap, terasa pergerakan susu! dia dah dapat latch! sambil tu tokma pujuk "susu la sayang tokma. sayang pandai kan". mama pesan pujuk anak, jangan senyap je. masa dia dah dapat susu tu masyaAllah, rasa hebatnya menjadi seorang ibu. rasa bestnya dapat bekalkan susu kepada anak sendiri. Ya Allah... tak tergambar perasaan tu.
NIPPLE CRACK!
Lepas dah latch on, masalah lain pulak datang. Nipple crack. Ya Allah dua minggu Farah menanggung kesakitan tau. sakit sangat-sangat. petua mama lepas menyusu sapu balik susu kita kat nipple tu. Alhamdulillah even slow healing tapi tak guna pun sebarang cream untuk sapu kat situ. my breastfeeding journey was going on smooth and easy from that dayyyyy. Alhamdulillah. susu pun banyak masa dalam pantang memang sehari 3-4 kali salin baju. susu melimpah ruah! Rezeki sangat.
DIUJI LAGI
Ujian kali ni memang Farah terkesan sungguh. sekuat mana pun keazaman kita untuk breastfeed anak sampai dua tahun, tapi Allah sebaik-baik perancang. Farah pregnant masa Aisyah Humaira 10 bulan! sebulan tau menangis. sedih sebab tak dapat breastfeed kan Aisyah Humaira lagi. Then came across posting pasal tandem nursing. Cari maklumat pasal pregnant dan susu kan baby. Lepas tu tanya Dr, boleh tak saya susukan anak masa pregnant ni? dia cakap NO! TAK BOLEH! Nurse semua pakat marah ;( tak membantu okey. then Farah nekad je susukan Aisyah Humaira sebab kandungan sihat dan stabil. perut memboyot, Aisyah Humaira menyusu. hehe. bila ingat memang kenangan sangat.
SAMBUNG BELAJAR ;)
Usia kandungan 4 bulan, rezeki dapat sambung belajar ;) memboyot lah ke fakulti. turun naik tangga. makan makan makan. belajar, makan. belajar, makan. present sana, aktiviti sini interview sana. Before bersalin, 13th May 2015 siap pergi fakulti hanta proposal sebab nak present defense research proposal. Malam nya pecah ketuban. esok pagi 10.14am keluar la Aisyah Damia. 5 hari duduk wad. Aisyah Damia G6PD deficiency. Menangis makkkk. yela rindu Aisyah Humaira. 5 hari tak menyusu dia ;( Masa Aisyah Damia the journey was smooth and easy. second baby kan ;) Alhamdulillah.
TANDEM NURSING
kali ni direct balik Kuala Kangsar. sebab mak mertua uruskan adik ipar bersalin 2 hari sebelum Farah. dua cucu mak mertua dapat terus ;P nampak je muka mommy, Aisyah Humaira terus nak menyusu. Mama marah bagi dia susu. tapi Farah buat pekak. beru setahun 5 bulan time tu. tak sampai hati nak wean off. huhu. dalam pantang memang stress. anak menyusu dua-dua. lapar takpayah cakap la. makan je sokmo. masa adik kecik terpaksa mengiring, kakak atas badan mommy dan menyusu. dapat bayangkan cemana? seksa, patah pinggang. tapi I enjoy the journey. I blend well. saya stress pun husband je tahu hihi. Susu Alhamdulillaah. meriah sangat. Selama 2 Tahun lebih Farah tandem nursing. macam mana tah Farah boleh survive. belajar, research, thesis, anak-anak, pam susu, suami, rumahtangga. Alhamdulillah. Allah bagi kekuatan kepada mommy.
BELAJAR DAN PUMP
WAJIB pam setiap hari. malas nk pergi surau Farah pam dekat cubicle tu je. gasak lah! hahahah. masa Damia 5 bulan, siap bawak field visit ke Johor. kitorang ronda Johor. Masa tu risau nk tinggal dengan Daddy. Kakak mommy hantar balik kampung. Damia memang survival dari dalam perut. so dia okey je ikut mommy ke mana-mana masa mommy belajar. sebab breastfeed kan. kawan-kawan pulak bagi sokongan padu. terima kasih semua ;) Belum lagi Farah tinggalkan anak-anak seminggu pergi Indonesia untuk present paper. nanti Farah cerita dalam post lain berkenaan ahndle EBM masa travel.
AISYAH DAMIA ikut mommy field trip ke johor :)
NUTRISI SEMASA MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSU (TANDEM NURSING)
Kalau nak tahu, Farah memang ambil set lengkap pre-natal dan post-natal shaklee. sangat-sangat membantu semasa Farah hami dan menyusu, berpantang dan menyusu dua-dua anak.
ESP- Membekalkan tenaga segera. sumber protein dari soya. petua Farah susu meriah jugak! Selain tu kulit muka sangat lembut dan glowing consume ESP tau.
BCOMPLEX - terdapat 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan. berfungsi untuk mengurangkan stress.
Vitalea- Multivitamin mempunyai 28jenis vitamin yang memenuhi keperluan badan. memberikan tenaga kepada ibu mengandung, berpantang dan menyusu. jika HB low semasa mengandung, sangat recommend ambil vitalea.
Vitamin C- Bagus untuk sistem imun, kesihatan gusi dan juga pemulihan luka selepas bersalin. Bagus juga untuk kecantikan kulit.
Omega Guard- ni paling best. sumber EPA DHA, Omega 3 dan 6 sangat bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan dan semasa menyusu, bekalkan omega 3 kepada bayi melalui susu. yang bestnye Omega ni membakar lemak. mommy cepat kurus tau ;P
Alfalfa- Milk booster terbaik. Raja segala tumbuhan. Sebagai kacip fatimah moden juga. (ambil semasa pantang dan menyusu sahaja)
Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium, vitamin D kepada ibu mengandung, menyusu dan berpantang.
Mommy 2014 dan 2017. 2017 lebih konsisten ambil set postnatal ;)
Sebarang pembelian vitamin boleh whatsapp Farah ye ;) www.wasap.my/60193449413
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kagum nya saya! masyaallah kuatnya akak!
ReplyDeleteThank You Najla ;)
Delete