KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG


 Hi korang! sihat ke tu? Macam mana cuti sekolah? Farah cuti sekolah ni agak busy dengan perpindahan kami ke JB. So far so good. Alhamdulillah, 11 September 2023 anak-anak akan start sekolah kat JB dan husband Farah jadi Mr Mommy hahahaha. Doakan ye husband dapat kerja kat JB, rezeki kami bertambah asbab berhijrah. 

Tajuk harini, keperluan wanita mengandung. teringat pulak mengandung 10 tahun lepas, mengandung anak sulung. Masa tu tak tahu mengandung, masih keluar masuk lab buat FYP. almaklumlahhhh, last year student, kena buat final year project. 

Balik je dari lab, melepet sis. dia punya penat tu macam kerja buruh binaan. terus pengsan atas katil tau. tak solat asar lagi terus pengsan dulu. Pukul 6 pun tak boleh bukak mata, pukul 7 baru bangun itupun sebab tak solat asar lagi. tunggu maghrib, pengsan balik guys. 

Dia punya penat tak boleh bincang punya. kenapa lah eh penat sangat? lepas tu buat pregnancy test. ohhh baru tahu punca kepenatan itu. 

Dah tahu pregnant, Farah rilek lagi. selera makan macam biasa, sickness pun takde. heaven betul pregnant. kawan-kawan sekeliling yang tolong "craving" kan untuk Farah. best tau the only one yang mengandung, kawan-kawan pulak bujang, melayan jelah mommy to be tu. hahahahah. 

Then sampailahhhh waktu kenangan pahit untuk Farah. dah aktif sana sini masa kelas, keluar masuk lab, turun naik tangga, bila waktu malam, pukul 3-4 pagi mesti Farah terjaga sebab kaki cramp. bukan cramp biasa-biasa tau. masa ni menginjak 3bulan pregnant. sakitnya Allah je yang tahu. menangis Farah. bukan itu je, pakej sembelit pulak walaupun buah, sayur, susu tak tinggal. 

Then Farah masuk kelas nutrisi (Farah ambil course Food Technology). Lecturer cakap keperluan macro dan micro nutrient untuk lelaki, perempuan dan wanita mengandung adalah berbeza. masa tu baru terfikir. yelah, dah dua orang kan. mana boleh ambil kuantiti yang sama. Sampai part kalsium, simptom kekurangan kalsium tu sebijik kena dekat Farah, cramp dan sembelit. 

Jadi Farah pun beli la susu Anmum. minum setiap malam dan pagi tapi masih tak hilang cabaran mengandung Farah - cramp dan sembelit. direzekikan pulak ada senior approached Farah supaya try Ostematrix (now Ostenutrix). Ostenutrix ni pil kalsium. Farah ni tengok kena telan 4 biji, mengucap panjang guys. Farah susah nak telan tablet! seksanyaaaaa. cuma ostenutrix memang easy to swallow. dulu kena makan sebiji-sebiji, sekarang rilek telan 4 bijik sekaligus. 

Masa tu, malam first je makan terus tak terjaga malam dah sebab cramp. esok pagi pulak lancarrrrrrr membuang. Subhanallah, amazing nyaaaa. terus jatuh cinta dengan Shaklee. walaupun nampak kecil je penyelesaian yang Ostenutrix bagi, tapi besar impaknya buat wanita mengandung seperti saya pada waktu itu. 

Sakit okey cramp + sembelit. ini membuktikan pengambilan harian dari sumber makanan tidak mencukupi, kena topup dengan supplement guys. Farah hari-hari ambil buah, sayur, susu. tapi tidak cukup ye. 

TOPUP NUTRISI LOMPONG

Sebab itu supplement amatlah penting buat wanita mengandung. Dapat topup nutrisi lompong, keperluan untuk dua orang, untuk ibu dan juga anak dalam kandungan. 

MAKANAN BERKHASIAT

Selain itu, makanan berkhasiat amatlah penting. kena cukupkan keperluan makro dan mikro nutrients tu. Makro nutrient seperti karbo, protein micro seperti vitamin dan minerals. Setiap hari ambil buah dan sayur. Kalau anda nak tahu, vitamin c memang kita boleh dapatkan melalui makanan, tapi tahukah anda vitamin c juga mudah terhapus dengan radikal bebas dari pencemaran, dari kita yang stress? jadi perlu jugak topup melalui supplement. 

OUTFIT YANG SESUAI

Next, keperluan wanita mengandung adalah mencari outfit yang sesuai. kena sesuai tauuuu untuk keselesaan mommy and baby. daddy kena invest laa untuk outfit ni. selain tu, Farah jugak akan beli nursing bra, persediaan untuk breastfeeding nanti. 

SURVEY HOSPITAL

Hospital pun penting ya sahabat. Farah akan survey hospital tak kira lah swasta atau pun kerajaan, yang sesuai dengan bajet, yang breastfeeding friendly dan yang penting suami boleh teman di labour room. Farah jugak akan request doctor perempuan / bidan perempuan yang sambut baby. jadi bab hospital ni berbeza ikut keperluan masing-masing. 

Itu sahaja kot perkongsian Farah mengenai keperluan wanita mengandung. kalau ada apa-apa nak tambah, boleh komen tau! Boleh share dengan Farah, dapat ilmu baru dari mommies lain ehheheheh. 


Thank you guys! see you in the next entry. gituhhh. 





No comments