Assalamualaikum semua.
Bertemu kembali kita. korang sihat ke tu? Farah Alhamdulillah sihat. Rutin berulang alik Singapore-Shah Alam macam biasa setiap minggu.
Dah terbiasa dah, hampir 6 bulan pjj, badan pun dah adapt hehe.
Okey harini Farah nak cerita testimoni Shaklee Farah. macam mana dari seorang yang susah sangat nak telan tablet, tiba-tiba dengan Shaklee boleh telan tablet berbiji-biji sehari.
Farah kenal Shaklee pada May 2013, masa 3 bulan pregnant anak pertama. Farah pregnant masa final year degree. Final year budak sains memang keluar masuk lab. jadi amat memenatkan. Nak dijadikan cerita, Frah cramp kaki hampir setiap malam. pukul 3-4 pagi akan terjaga sebab cramp, sampai menangis huhu.
Masuk kelas nutrisi, lecturer terangkan kekurangan kalsium menyebabkan pelbagai masalah termasuklah sembelit dan kekejangan. itu yang Farah alami pada waktu itu. habis je kelas terus pergi beli susu untuk pregnant mommy. setelah seminggu consume, keadaan Farah masih sama. sembelit dan kerap terjaga malam akibat kekejangan kaki.
Disebabkan kekejangan ni, Farah selalu beremosi. Yelah, malam terjaga dan menangis sebab sakit. jadi tak puas tidur, keletihan dan moody pergi kelas. Dengan hormon mengandung yang emotional lagi, memang sangat-sangat tak best perasaan masa tu. Banyak kerja FYP, kelas lagi. Malam-malam kena kekejangan kaki pakej dengan sembelit, berjauhan dari suami. Ya Allah, terseksa betul rasanya.
Farah tahap sembelit tu, berdarah membuang ye sebab usus dah luka. nak kata tak minum air, banyakkk air minum. nak kata tak makan buah, hari-hari Farah beli buah dekat fakulti.
Pada suatu hari, senior sekolah Farah whatsapp, approach Farah untuk product Shaklee, iaitu Ostematrix. (sekarang dikenali sebagai Ostenutrix). Sebotol masa tu rm49 tak silap Farah dan yang menarik hati Farah untuk beli adalah cara penerangan fungsi kalsium, vitamin d dan magnesium sama macam lecturer Farah terangkan dalam kelas nutrisi. masa tu I was like, wow! amazing. She has knowledge about product, dia bukan jual semata.
Macam biasa Farah akan mengelak dengan bagi alasan tak makan sebarang pil atau tablet. sebelum wujudnya panadol soluble, Farah akan tumbuk panadol dan bancuh dengan air. sebab tersekat dekat tengkuk. sebab itulah Allah bagi Farah jarang sakit, susah makan ubat huhuhu.
Tapi yang menariknya, ada tulis "Easy to swallow" pada botol Ostematrix. Farah fikir punya fikir, beli 1 botol sekali membership. lagipun, dengan Ostematrix, Farah jimat lagi dari beli susu. susu perlukan rm70+ untuk sebulan, tapi Ostematrix hanya rm49.
Bila dah sampai Ostematrix, Farah telan setiap caplet tu satu persatu. Alhamdulillah, memang betul senang untuk ditelan. Alhamdulillah, Farah makan sebelum tidur Ostematrix tu, malam tu jugak tak jaga malam kekejangan. Farah tidur lena sampai subuh tau. Masa tu happy nya Allah je yang tahu. selesai trauma malam hari Farah.
Magic kan hari pertama dah sangat-sangat berkesan? yaaa sebab Ostematrix (Ostenutrix) didatangkan bersama Kalsium, Magnesium, Vitamin D yang sangat diperlukan oleh badan untuk melengkapi nutrisi lompong.
Selain daripada kekejangan hilang, Farah dapat membuang dengan jayanya setiap kali bangun pagi. Nikmat kan bila dapat membuang dengan senang? Farah rasa lega sangat sebab selama ni sangat takut nak pergi membuang kalau rasa nak membuang. Siap boleh menangis ya. huhu.
Walaupun tak nampak kesan dan testimoni physically, Farah boleh bercerita macam ni sahajalah sebab testimoni ni adalah benar dan bukan rekaan ya. Memang dari pengalaman sendiri. Alhamdulillah asbab sebotol Ostematrix je, sampai sekarang Farah dah tak cramp kaki atau sembelit. syukurrr sangat. Tanggal 23 May 2023 haritu dah 10 tahun Farah bersama Shaklee. Best tak testimoni Shaklee Farah? hehheeh.
begitu setia ya... Tak bertukar pada yang lain. sebotol sebulan, selama 12 bulan x 10 tahun = 120 botol Ostematrix Farah dah consume and im fine and well! Syukur Alhamdulillah Allah temukan Farah dengan Shaklee. Shaklee banyak mengubah hidup Farah bukan sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi kewangan, keyakinan diri, bertemu ahli baru, berukhuwah bersama group dan organisasi upline.
Masih Farah ingat, mama Farah bising minum ESP (soya) masa dalam pantang. Sebab kembunglah, nanti bentan lah. Lepas tu Farah slow slow bagi mama consume, sampai sekarang mama consume tau. mama suka sangat dengan supplement Shaklee. Alhamdulillah.
Siapa sangka asbab pembelian sebotol Ostematrix (sekarang Ostenutrix ya) Farah boleh jana 4 angka sebulan kan? MasyaAllah, Tabarakallah. Testimoni Shaklee Farah sendiri, Im living proof!
Ada sesiapa nak try Ostenutrix atau buat business, boleh tekan je link tau! Nak Shaklee Farah
Ha nak baca testimoni orang lain tak? Meh klik sini. Testimoni kawan kawan Farah lagi best tau! Testimoni Shaklee




No comments