GAYA HIDUP SIHAT

 Hi uols, Assalamualaikum. 

Topik harini, Gaya Hidup Sihat! wahhh ni topik favourite Farah ni. Seiring dengan gaya hidup sihat untuk Farah dan family. gituhhh. 



Gaya hidup sihat ni merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan, kesihatan mental dan fizikal. Farah amalkan ni bersama keluarga demi kesihatan optimum kami. 

1) Pemakanan

Topik pemakanan ni amatlah menarik ya. Farah suka sangat, almaklumlah budak food kan. Segala nutrisi, keperluan kalori harian Farah belajar ye. 

Anyway, Farah memang suka masak dekat rumah. healthy foods datang dari dapur kita. Kita yang kawal apa yang kita masak dan masukkan ke dalam masakan kita. Yang pasti, Farah akan cukupkan piramid makanan seperti sayur, protein, karbohidrat. 

Bagi Farah, untuk ubah tabiat makan ni tak perlu drastik. Kita buat satu-satu supaya ia terus konsisten dan tak terbeban. Antara kesilapan yang sering individu lakukan untuk ubah tabiat pemakanan adalah dengan mengikuti tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas, tapi tanpa kita sedar nutrisi lompong dalam diet dan berat akan bounce back 2-3 kali ganda dari berat sebelum diet. 

Sebab tu Farah cakap buat diet ikut keselesaan kita, yang penting konsisten dan happy nak buat diet tu. 

Farah dulu start dengan diet suku suku separuh. Farah reducekan nasi jadi suku, suku protein sama ada ikan atau ayam, dan separuh dari portion adalah sayur dan buah. Farah kurangkan makan makanan bergoreng, deep fried. Farah bertukar kepada air fried atau grill. 

Bila dah steady dengan suku-suku separuh, Farah kurangkan pula minum air manis dan segala yang manis. Kuih manis, air manis, air gas semua tu menyebabkan kita kerugian kalori harian dan ia bagi kenyang untuk sementara manakala jumlah nutrisi yang kecil tetapi kalori tinggi. 

Farah lebihkan real food dan banyakkan masak dirumah. nak masak ni tak perlu beria pun. sekadar cukup keperluan nutrisi harian dah cukup baik. Jadi Farah akan pastikan peti ais sentiasa penuh dengan buah, keledek dan gluten free bread. 

Nak cerita bab gluten pun panjang lebar, tapi ketahuilah gluten ni pun menyebabkan kegemukan, craving dan masalah kulit. jadi boleh elakkan tepung, roti putih dan sebagainya. cuma slow-slow lah tau. jangan drastik nanti kita mudah giveup. 

Meh nak share menu yang selalu Farah buat untuk suami dan anak-anak. Diorang memang suka simple simple je. contoh paling simple ialah salmon. haaa senang betul nak masak kan. 


Antara contoh meal senang untuk Farah & keluarga

Lepas suku-suku separuh, Farah buat Detox dengan team Farah. memang best buat detox ni, rasa ringan je badan. lepas detox kita sambung dengan IF (intermittent fasting). yang paling best siap ada group support supaya kita tak ke laut. 

2) Aktiviti fizikal. 

Pekerjaan Farah memerlukan Farah duduk je sepanjang hari hadap dokumen. Situasi ini sangat bahaya untuk seorang Farah ya. Jadi Farah join aktiviti di apartmen iaitu zumba setiap hari Isnin dan Rabu. tak cukup dengan tu je, Sabtu dan Ahad pun tarik anak dan suami teman Farah joging ditaman tasik. 

Geng Zumba Shah Alam

My ZIN, Bell

Geng Zumba di Singapore ;)

Best tau keluarkan peluh! hormon yang merembes tu buat rasa fresh dan tidur malam lebih lena. kesakitan otot dari physical activity tu sebenarnya sangat nikmat. terasa lelemak pecah dengan jayanya hahahahah!

Selain dari itu, Farah collect point tau dari fizikal aktiviti ni. Farah subscribe AIA Vitality, jadi bila kumpul point setiap 2 minggu kita dapat reward. sebab tu jadi penguat semangat untuk terus berfizikal aktiviti. 

Tengok contoh dekat bawah ni, Farah pergi fitness assessment dekat Fitness First under AIA. tau tak untuk langgan Fitness First ni, Farah dapat 50% off dengan my Platinum status of Vitality. best tak dapat privillege macam ni? For me, dengan AIA Vitality ni bagi Farah semangat untuk teruskan physical activity untuk dapatkan rewards. 2 minggu sekali mesti Farah dapat rm10 reward, selalunya Farah redeem Touch n Go credit. 

Tapi bila kita ada goals, lagi semangat laa sebenarnya nak buat aktiviti fizikal ni. cuba korang set apa target korang, apa yang korang nak capai dalam 3 bulan. then dari situ lah kita dapat semangat untuk mula dan konsisten gaya hidup sihat tu. Ni tips dari Farah lah sebab Farah pun tak kuat godaan, dari pergi berlari baik sambung tidur ye tak? hehehehe. 

3) Supplement wisely

Yang ni pun penting! ya, tidak semua orang ada kesedaran betapa penting nya makanan tambahan atau supplement kepada kesihatan optimum kita. Farah lepas senaman wajib ambil Performance Drink campur Vivivx. puas betul dapat minum lepas berpeluh. 

Air kegemaran ku. Performance drink + Vivix. 
Puas dapat minum lepas bersenam minuman isotonik dari Shaklee.

Farah sangat memerlukan supplement untuk gaya hidup sihat Farah. I know my body well. I need booster in order to maintain my healthy lifestyle. Farah topup nutrisi lompong Farah dengan vitamin dari Shaklee. 

Nak buang lemak, kita perlukan pembakar kalori atau pengemulsi lemak. Pembakar kalori paling power adalah Omega Guard, iaitu  minyak ikan. Untuk emulsi lemak pula, Farah akan consume Lecithin. Dah bersenam, mesti lah nak maintain / build up muscle. untuk itu Farah akan consume protein shake Shaklee iaitu ESP, Cinch Shake dan Lifeshake. haaaa, ni sangat best sebab protein Shake ni dia pelihara otot kita supaya tak kecut bersama lemak. kita nak kecutkan lemak jeee. 

Nampak tak betapa penting nya supplement untuk gaya hidup sihat? Vivix memang diperlukan lah untuk tenaga, aktif sana sini tu perlukan tenaga. dah nak tidur pulak Farah consume Ostenutrix supaya lenguh-lenguh hilang, dapat deep sleep dan senang bangun pagi. 

Anda mampu mengubahnya! InsyaAllah kalau keazaman kuat, pasti menjadi! 

Siapa nak follow IF or nak dapatkan free coaching IF meh la pm Farah! Intermittent Fasting

Nak tengok gaya hidup sihat kawan-kawan Farah? mehhhhh baca sini

No comments