Hi semua. apa khabar? sihat ke tu? Harini Farah nak share vitamin untuk wanita. minggu ni kita cerita pasal wanita je hehehehe. Antara vitamin yang Farah nak highlight harini ialah Vitalize, GLA, Omega dan Ostenutrix. Semua ni memang Farah consume tau. So senang sikit nak bercerita hehe.
Farah memang tak tinggal Vitamin Shaklee, tambah-tambah dengan lifestyle Farah yang serba aktif. melompat sana sini, travel JB-SG setiap hari, weekend balik Shah Alam. zumba sana sini. fuhh kalau takde vitamin Shaklee mesti tak boleh nak pegi dah body Farah.
Okey jom kita tengok GLA dulu, Sangat best untuk wanita.
1) GLA
Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan anda. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.
Menggalakkan Kesihatan Kulit
Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat berikut:
• Meningkatkan tahap kelembapan kulit.
GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita.
• Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.
Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.
Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrien yang efektif membolehkan anda untuk terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:
• Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.
• Menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).
Melegakan Simptom Menopaus
Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati bermanfaat utuk memudahkan perjalanan menopaus dengan:
• Melegakan simptom-simptom ketegangan payudara.
• Menambah baik kesihatan emosi.
2) Vita-lize
Vita-lize adalah multivitamin yang diperlukan oleh semua peringkat usia termasuklah kaum wanita. setiap hidangan Vita-lize mengandungi 25 jenis vitamin dan minerals yang diperlukan oleh badan. Dua tablet Vita-Lize mengandungi 600mcg Asid Folik dan Vitamin B.
Vita-lize juga dilengkapkan dengan sistem salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan Asid Folik pada tahap paling optimum.
Antara fungsi Vita-lize adalah:
a) Meningkatkan tenaga
Wanita adalah tunggak kepada keluarga. Tenaga adalah sangat penting kepada kaum wanita. Jika tidak bertenaga, boleh lumpuh institusi kekeluargaan. wanita lesu = rumahtangga pun lesu. wanita moody, rumahtangga pun tak bahagia.
Vita-lize adalah salah satu vitamin harian yang penting untuk wanita. Dengan gabungan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti iron (zat besi) dan vitamin B-complex menjadikan Vita-lize dapat berfungsi sebagai energy booster. Zat besi berperanan penting dalam pembentukan tenaga dalam sel. manakala vitamian B Complex bertindak menukarkan gula kepada tenaga.
Kepada wanita yang nak kurus pun sangat bagus mengamalkan Vita-lize. apabila gula ditukarkan kepada tenaga, kuranglah risiko lemak berkumpul dalam badan. ditambah dengan gaya hidup yang aktif, dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.
b) Mengisi jurang nutrisi.
Wanita seringkali kepenatan dalam menguruskan rumah tangga. adakah anda tahu, kekurangan nutrisi juga mengakibatkan anda sering keletihan. kekurangan masa untuk diri sendiri dan pemilihan makanan 'asal boleh' juga mengakibatkan jurang nutrisi terjadi. ya, kaum wanita seringkali mengutamakan suami dan anak-anak tanpa menghiraukan diri sendiri. dengan pengambilan Vita-lize, jurang nutrisi ini dapat dipenuhi.
Ibu hamil, ibu menyusu, wanita belum berkahwin pun boleh ambil Vita-lize. Vita-lize adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
c) Menambah baik mood.
Mood wanita atau isteri, atau ibu adalah sangat penting. Mood mommy baik, keluarga pun bahagia, gituhhh. Gabungan vitamin V, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K menjadikan mood seorang wanita itu lebih stabil dan tenang. secara tidak langsung, ia bagus untuk kesihatan mental seseorang terutamanya golongan wanita. Kalau selalu cepat melenting dan sukar kawal perasaan, cuba amalkan Vita-lize ni.
d) Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
Kajian mendapati bahawa isu tekanan perasaan dan kebimbangan melampau juga mempunyai kaitan dengan kekurangan nutrisi dalam badan. Antara vitamin yang boleh meredakan tekanan dan kebimbangan dan boleh didapati dalam Vita-lize ialah Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Kalsium, Magnesium, Zinc, Kalium, Selenium dan yang lain.
3) Omega Guard
Ramai yang tak tahu manfaat Omega Guard untuk wanita yang kita sendiri pun tak jangka. Vitamin ni best sangat tau sampai rasa sayang nak tinggalkan. Jom kita tengok apa manfaat Omega Guard ni.
Selain daripada kesihatan jantung, asid lemak omega-3 juga diketahui menyokong kesihatan kita dalam pelbagai cara. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh memanfaatkan nutrien penting ini.
a) Tulang Yang Lebih Kuat dan Sendi Yang Lebih Sihat
Yang ni penting ye. dah jadi mak-mak ni, tulang berbunyi sana, berbunyi sini. Allahu. menyusukan anak selama 7 tahun bukan senang tau. Farah memang perlu topup nutrisi harian Farah.
Semakin berusia, penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi anda berkurangan, menyebabkan sendi menjadi sakit dan radang. Omega-3 menyokong dengan:
• Bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
• Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.
b) Mengekalkan Kesihatan Mata
Retina anda mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman visual. Omega-3 menyokong dengan:
• Mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat.
• Membantu penyaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaukoma.
c) Meningkatkan Sistem Imun
Ha, ini penting ye untuk mak-mak. kalau mak sakit, memang lumpuhlah institusi keluarga. ibarat tiada serinya bila tunjang keluarga sakit.
Keradangan yang berpanjangan akibat tekanan, diet atau faktor gaya hidup boleh merosakkan tisu anda yang membawa kepada kemerosotan dan bengkak.
Omega-3 menyokong dengan:
• Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan.
• EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda!
d) Fungsi Otak Yang Lebih Sihat dan Mood Yang Lebih Baik
Adakah anda tahu bahawa membran dan sel otak anda diperbuat daripada lemak penting? Ia merupakan bahan penting untukmembina otak anda, omega-3 menyokong dengan:
• Mengurangkan keradangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain.
• Mengawal paras kortisol iaitu hormon stres. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya anda berasa lebih baik.
e) Berat badan yang baik
Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan:
• Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.
• Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.
4) Ostenutrix
Ha ini supplement terpaling favourite Farah ye. dari May 2013 sampai sekarang tak skip tau. banyakkkkk sangat dapat manfaat dengan Ostenutrix ni. sebab Ostenutrix ni lah Farah terus jatuh cinta dengan Shaklee. Masalah sembelit Farah selesai, tidur malam lebih lena, cramp kaki semasa pregnant pun hilang. macam mana tak sayang kan?
Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.
Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita.
• Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat.
• Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup.
• Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.
Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong:
• Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium.
• Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.
Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu:
• Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan.
• Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.
Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.
• Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang
normal.
• Menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif.
Mangan, Kuprum dan Zink
Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk:
• Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang.
• Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.
Bagaimana Mengekalkan Tulang Kuat
1) Mula awal
Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah bermula semasa anda masih muda.
2) Melakukan senaman menahan beratan (weight bearing)
senaman menahan beratan meningkatkanketumpatan tulang anda kerana ia semakin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan. Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.
3) Buat pilihan yang sihat
Jalan gaya hidup sihat dan kekalkan berat badan yang sihat.
Ha best tak fungsi 4 vitamin untuk wanita ni? best gila kan. okey nak baca lebih lanjut boleh try link kawan Farah ni VITAMIN UNTUK WANITA
No comments