Assalamualaikum wbt, hi guys! Harini Farah nak share doa untuk wanita agar kelihatan cantik dan bercahaya dan aura wajahnya terpancar setiap hari.
Secara fitrahnya, siapa yang taknak cantik kan? Secara saintifik pula, bukanlah mustahil untuk menghindari penuaan. gituuu. Banyak produk yang dicipta untuk reverse ageing ni. salah satu nya Vivix. eh, terpromote pula. hehehehe.
Seperti pengetahuan umum, untuk awet muda dan nak kekalkan keremajaan kulit, bermula dari lifestyle kita. Elakkan stress, jaga pemakanan, aktiviti fizikal dan elakkan dari terdedah kepada sinaran radikal bebas.
Sinaran radikal bebas ini bukan terhad kepada cahaya matahari sahaja tau, tapi termasuk juga skrin telefon dan televisyen dirumah tu. sebab tu skin care sangat penting buat kita, salah satunya sunscreen dan krim pelembab. haa yang ni kalau boleh jangan tinggal dan topup selalu.
Selain daripada itu, kita juga boleh berusaha dengan amalkan potongan ayat dan doa dari Al-Quran. Ayat-ayat suci Al-Quran never goes wrong. tak lapuk dek zaman. betul tak? boleh jadikan amalan dan lihatlah perbezaan sendiri.
Jom Farah kongsikan ayat-ayat yang boleh diamalkan oleh wanita untuk kelihatan cantik berseri, awet muda, dan cergas.
1) Surah Al-Waqiah ayat 35-38 untuk awet muda
Untuk kesegaran dan keremajaan tubuh badan luar dan dalam, bangun pagi minum air suam terlebih dahulu. cara minum adalah dengan membiarkan air berkilir selama 10 saat di dalam mulut kemudian baru telan. Atau boleh juga ikut petua Rasulullah SAW dengan mencampurkan madu ke dalam air tersebut.
Sebelum minum air, baca ayat Al-Waqiah 35-38 sebanyak 7 kali dan tiup ke dalam air dan minum. Niat di dalam hati untuk kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Minum 3 teguk sahaja. amalan ini buat pagi sejurus bangun tidur ya.
Selain minum, ayat Al-Waqiah ini juga boleh diamalkan ketika hendak mandi. Baca dalam hati ayat ini dan curahan air yang pertama menyentuh kulit kepala sebelah kanan.
2) Doa di hadapan cermin untuk seri wajah
Setiap kali berhias dihadapan cermin, mulakan dengan senyum kepada diri sendiri dan bacalah doa.
No comments