CoQ Trol Plus

Hi guys! bertemu kembali kita dalam entry kalini. dah baca tak entry Farah yang lepas? Kalau belum boleh baca tau, ada tips best yang korang boleh follow!

Entry kalini Farah nak share pasal product, dimana Farah rasa tak pernah pun jual sebotol produk Shaklee yang ni. Farah tak kenal produk ni, hanya tahu nama sahaja. Jadi, entry kalini kita sama-sama berkenalan dengan CoQ Trol Plus okey? 

Ha inilah rupa CoQ-Trol Plus tu




Farah ad dapat sebotol haritu dari Master Norita, reward tulis blog heheheh. so far makan dah 3 minggu, Alhamdulillah, okey je, takde benda-benda pelik terjadi ye hehehe. 

Rupanya CoQ-Trol Plus ni adalah untuk sumber tenaga. wahhhh baru tahu!

CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan anda melakukan apa yang anda suka setiap hari!

FUNGSI CoQ-Trol Plus

1) Penjana tenaga terbaik

CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan anda melakukan apa yang anda suka setiap hari!

2) Mempercepatkan pemulihan luka

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka. CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

3) Menyokong gaya hidup aktif anda

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular.  Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

4) Memastikan anda bertenaga setiap hari

CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda6 , menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari!

Selain daripada itu, Coq-Trol Plus juga mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk kulit kita. jom kita tengok apa laaa manfaat dia ya. 

MILIKI KULIT YANG GEBU DAN LEMBUT DENGAN COQ-TROL PLUS

Kecantikan itu tidak kekal. Oleh kerana itu, kita tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam, dengan harapan dapat menghapuskan tanda-tanda penuaan.

Jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik anda dengan nutrien yangtepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10). Jumlah antioksida ini adalah tinggi di dalam epidermis dan ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi. Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan suplemen CoQ10 sangat digalakkan.

Manfaat yang menakjubkan oleh CoQ-Trol Plus kepada kulit anda

1 - Perlindungan optimum untuk kulit berseri 

CoQ10, antioksida yang kuat, melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan.

Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda, yang membawa kepada penuaan pramatang.

2 - Kulit kelihatan lebih muda

Kehilangan kolagen dan elastin menjadikan kulit anda tidak tegang dan berkedut. Alami pengurangan garis halus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal3 dengan CoQ10 kerana ia membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit.

3 - Meremaja dan meningkatkan tenaga

Meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan dengan meningkatkan tahap CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif!

SIAPA NAK COQ-TROL PLUS boleh whatspp Farah ye. Meh baca lagi di sini COQtrol

No comments