Assalamualaikum wbt guys!
Apa khabar uols? Farah sihat Alhamdulillah, bermula kehidupan travel JB-Singapore setiap pagi. Farah dah pindah ke Johor untuk bawak family dari Shah Alam pindah. So far so good, cuma sunyi la kan duduk satu rumah sorang-sorang. doakan Farah tau supaya dipermudahkan proses perpindahan anak dan suami. suami masih mencari kerja dia selatan. Doakan penghijrahan kami mendapat 1001 rahmat sebab Farah percaya, Allah Ya Bari' yang Maha Mengatur hidup kita semua. ;)
Okey back to our topic, tips bekerja dari rumah.
Sebagai seorang yang bekerja, Farah kena bijak menguruskan masa antara business online dan jugak kerja hakiki. Kerja dari rumah ni tak mudah ya guys. Perlukan pengurusan masa yang sangat effective. Kalau tak, memang ke laut dalam perginya.
Farah pernah ditugaskan untuk bekerja dari rumah (work from home) semasa tempoh PKP dulu. tak lama pun dalam 3 bulan je tapi cukup buat hidup Farah kucar kacir. mana nak uruskan kelas online anak, mana nak urukan meeting. interview online, mana nak masak, belum lagi on call 24/7 sepanjang bekerja dari rumah.
seminggu pertama memang betul-betul hectic. tak dapat biasakan diri lagi. dengan pdpr anak nya kan? fuh kaluittt.
Lepas tu Farah buat susanan jadual untuk Farah follow. ala macam jadual waktu kat sekolah laaa camtu.Barulah teratur dan kerja pun siap, anak-anak terurus, rumah pun terurus.
Jadi harini Farah nak kongsi tips bekerja tapi masih dapat luangkan masa untuk business online dirumah. siapa nak tahu angkat tangan? haha!
1) PLANNING
Planning ni paling penting ya. Farah akan plan masa Farah dan memang berusaha untuk commit to that planning yang Farah sendiri buat. dan planning ni kena seiring dengan keupayaan kita tau. Jangan u buat plan tapi u sendiri stress dengan planning u.
Sebagai contoh:
Bangun pagi 4.30am: Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tahajud
5.30am: Gerak pergi kerja. Kalau naik public transport, u boleh start mengarang posting di sosial media masa ni. Follow up customer, share booster pagi dalam group business u, share poster promo untuk customer dan lain-lain.
8.30-1.00pm : kerja hakiki
1.00-2.00pm : boleh up status/ story di sosial media, whatsapp 1-2 orang customer
2.00-5.30pm: kerja hakiki
5.30pm: balik kerja if naik public transport boleh start update story/ status/posting disosial media. whatsapp downline/customer.
7.30pm: selepas solat Farah akan start masak sampai 8.30pm. menu dah plan awal-awal ye supaya tak lama didapur.
8.30pm: dinner
9.00pm: whatsapp customer/ buat video content/ join class online/ komen & like status rakan-rakan (bonding)
10.30pm : tidur
Nampak macam memenatkan tapi bila dah biasa, dia dah jadi rutin.
Ini adalah planning ikut kesesuaian masa Farah. anda boleb ubah ikut kesesuaian masing- masing ya. untuk suri rumah sangat-sangatlah Farah galakkan untuk buat planning ni sebab kalau kita di rumah lagi senang planning kita ke laut dalam.
2) Bangun awal pagi.
Tips ni paling penting bagi Farah. bila kita bangun awal, segalanya terasa mudah dan waktu jadi panjang. berpagian sangat lah bagus dan pembuka pintu rezeki.
Tahukah anda ada kajian di Univesiti Texas yang dijalankan menunjukkan pelajar bangun awal pagi mendapat pointer lebih tinggi dari pelajar yang suka tidur lewat dan bangun lewat?
Selain itu, orang yang suka bangun awal lebih gembira, positif, optimis, rajin dan teratur. Pada waktu ini, waktu sunyi yang membuatkan kita lebih tenang dan dapat merancang dengan lebih baik.
Sebagai umat Islam, bangun awal pagi membolehkan kita membuat ibadah seperti solat sunat Tahajud, taubat, hajat, serta solat sunat Fajar di mana Solat Sunat Fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. pada waktu ini Allah akan membuka seluas-luas pintu rezeki, memakbulkan doa mereka yang berdoa dan memberi kekuatan kepada jiwa hambaNya.
3) Ruang yang selesa
Ruang yang selesa adalah satu kriteria penting untuk bekerja dirumah. Ini adalah kerana untuk mengelakkan gangguan semasa kita bekerja. ala-ala kita bekerja di office la kan. ada working station masing-masing supaya dapat bekerja dengan lebih selesa dan lebih produktif.
Farah pun ada set up 1 work station di dalam bilik, lengkap dengan meja dan kerusi. senang untuk kita buat kerja. antara kriteria working station Farah adalah pengcahayaan yang terang supaya senang buat video/content.
Selain daripada itu, Farah suka juga letak fresh flower dan diffuse bauan dari Young Living. Baru tenang, selesa, nyaman nak buat kerja.
Kalau nak tahu, Farah beli rumah di Shah Alam dah fully furnished salah satu reason dia adalah nak berbusiness, senang buat content, senang nak ajak team datang.
Okey, itu sahaja perkongsian Farah pada entry kali ini. anda ada nak tambah tips bekerja dari rumah meh share diruangan komen. Nanti Farah boleh edit entry dengan point uols tau. nak baca lagi tip? meh klik link ni TIPS BEKERJA DARI RUMAH
No comments