TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 Hi Assalamualaikum wbt semua. sihat tak korang? harini dah Ramadhan ke 20, 2023. Sekejap je masa berlalu, tak sedar pun kan. tinggal 10 hari lagi nak raya. dah beli baju raya belum tu? 

Farah baru sepasang. sebab takut size mengecil lagi. eh 😋 Farah beli size S tau. dah turun 2kg dari 53kg dah tinggal 51kg je. 

Farah pernah hit 56.7kg masa PKP. Wean off Mia, tiba-tiba pkp, berat naik mendadak! masa tu nak tengok cermin, nak tangkap gambar pun tak tanggup. huhuhu. Malu, rasa takde keyakinan diri, rasa berisi, rasa berat. eh semua ada lahhh. 



Berat 56.7kg tau



Masa ni buat detox. Tips yang Farah nak share ni lebih kurang je buat detox. tapi tak sarankan Detox semasa puasa ni. 

Bukti ye. ni penimbang Farah. ups and down berat masa ni. dah biasa badan ringan-tiba-tiba peha berlaga! sangat tak best ya perasaan tu. 

Dah nak raya ni, nak tak TIPS KURUS DENGAN CEPAT? Haa dalam masa 10 hari InsyaAllah boleh kurus untuk raya. dahla consume Set Kulit RAHMAH tu, lepas tu kurus pulak. hishhh berseri-seri raya ni. 

Gambar latest, April 2023

March 2023

Dengan adik-adik, eh anak-anak 😋

Farah ada sejarah underweight ye. dari sekolah sampai lah kahwin underweight. Jadi 56.7kg tu BMI masih normal untuk tinggi Farah. cuma Farah rasa tak selesa sebab dah biasa range berat 50-52kg. 

Farah nak berat 56.7kg tu fill with muscle, not fat. 

Masa berat 56.7kg, body age Farah tua dari usia! skeletal muscle under normal range. jadi Farah tahu yang memberat itu adalah lemak. tak best betul feeling time tu tau. 

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

1) LEBIHKAN PENGAMBILAN PROTEIN, KURANG KAN KARBOHIDRAT

Tips ini sangat simple tau. Lebihkan pengambilan protein iaitu ayam atau ikan. Kurang kan portion nasi, mee atau pasta. Farah suka protein dan sayur sama banyak, nasi sikit. sayur dan buah pun sangatttt penting ya untuk turunkan berat badan secara cepat. 

Kenapa kena kurang kan karbohidrat? macam ni cerita dia. Bila kita ambil karbohidrat dengan banyak, gula dalam darah akan meningkat. bila gula tinggi, Insulin akan merembeskan dengan banyak. 

Tetapi kalau kita ambil lebih protein, protein mengenyangkan lebih lama dan akan increase Glucagon sahabat kita. Kenapa Farah cakap Glucagon ni sahabat kita? Sebab bila kita berpuasa, dan kita consume protein lebih banyak dari karbohidrat, tahap insulin akan berada pada paras yang rendah. Glucagon akan bagi signal pada hati untuk pecahkan lemak kita supaya jadi tenaga primary masa gula rendah. Automatic fat burner. 

Farah cadangkan ikan atau ayam tu secara grilled, bukan deep fried. kalau grilled lagi cepat dapat result tau. segala fast food ayam mcd ke KFC ke sila tinggalkan. sacrifice for your better self. gituhh.

Selain itu, boleh jugak ambil supplement sumber protein dari tumbuhan iaitu kacang soya. Haaa. ni shake shake je dan dijamin tanpa lemak. Protein Shake kegemaran Farah semestinya dari Shaklee! boleh try ESP Shaklee atau Cinch. ESP ni vanilla flavour tapi kalau Cinch ada 3 jenis flavour, Chocolate, Latte dan Vanilla. 

Sebab apa kena ambil supplement kalau boleh makan real food? pendapat Farah, kita tak tahu mana nutrisi lompong dari pengambilan diet harian kita. jadi supplement (makanan tambahan) mampu membantu untuk topup nutrisi lompong tu. 

ESP, CINCH CHOCOLATE DAN CINCH LATTE



2) KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI HARIAN

Kalori ni kita boleh kawal tau pengambilannya. haa salah satunya adalah makanan dan minuman manis. segala yang manis-manis ni tinggi kalori, jadi bazir kalori tu. 

REAL food mempunyai kalori yang lebih rendah dari fast food. real food juga mengandungi banyakkk nutrisi dan akan mengenyangkan lebih lama berbanding fast food. Fast food mempunyai kalori yang tinggi dan tidak mengandungi nutrisi yang cukup. sebab itulah kalau ambil fast food kita cepat lapar. 

Selain dari itu, tips dari Farah berkenaan kalori ni kan, melalui pemilihan makanan kita. Farah akan pilih ikan atau ayam bakar dari yang bergoreng sebab kalori bergoreng lagi tinggi. 

Nilai kalori bagi setiap kategori

1 g karbohidrat = 4kalori
1 g protein = 4 kalori
1 g lemak = 9 kalori

1 sudu teh gula (5g) = 20 kalori
1 sudu teh minyak masak (5g) = 45 kalori

ha nampak tak betapa besar kalori gula dan lemak. 

Kuih manis, air manis, kuih bergoreng (karipap, popia) memang tinggi kalori tau. contoh sekeping roti canai  (80g) mengandungi 250kalori. apa yang perlu anda buat untuk bakar kalori dari roti canai ni? berjalan kaki sejauh 2 km. 

jadi sebab itu pemiliha makanan sangat penting, seiring dengan gaya hidup serba moden dan serba sibuk macam kita sekarang. Farah yakin anda tak mampu nak berjalan 2km hari-hari sebab takde masa kan? jadi ubahlah! pilih makanan yang worth the calorie and nutritions value. 

minum air putih atau air mineral dengan banyak. tinggalkan air manis ya. anda akan nampak perubahan yang sangat mendadak kalau tinggalkan segala yang manis dalam makanan dan tingkatkan manis dalam senyuman anda. 



3) Bersukan

Ini paling ramai la liat nak buat kan. tapi tahukah anda, sekadar 30minit senaman sehari sudah memadai? 

Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih ye tak? 

Nak kurus kan, cari masa 30 minit setiap hari buat senaman. tak perlu pergi gym atau tasik, buat dalam rumah pun boleh. pasang Youtube, dan follow instructor. tak kisah la zumba ke, senamrobik ke, kardio ke. Farah suka follow Pamela Reif. dia punya kardio best dah mudah untuk ikut. 

Senaman penting untuk tubuh badan, untuk melancarkan peredaran darah dan paling best untuk regulate hormon endorphin supaya kita berada dalam peace of mind, gembira dan ceria. semasa stress, cubalah bersenam. anda akan rasa release, masalah keluar bersama peluh-peluh yang mengalir. cubalah!

aktiviti mingguan kami sekeluarga. pergi tasik untuk beriadah

Selain itu, bersenam dapat meningkatkan kesihatan jantung, dimana jantung dapat mengepam darah yang penuh dengan nutrisi dari pengambilan makanan harian kita ke seluruh badan. jantung organ penting tau. jadi jagalah kesihatan jantung anda!


4) ELAKKAN STRESS

Apabila anda stress, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak. Elakkan daripada stress dari diet harian anda. enjoy your diet journey. kalau nak cheat sehari dua, cheat la. takde siapa marah. enjoy je journey you, dan start over. kena ingat ya, kalau craving macam-macam masa anda tengah diet bermakna ada nutrisi lompong dari diet anda. 

Ambil supplement untuk topup nutrisi dan buang craving tu. contoh Omega 3 boleh ambil untuk craving manis atau multivitamin untuk 28 jenis nutrisi lengkap. 

Stress dengan result? dah mula diet seminggu, timbang berat tak turun pun! terus stress. jangannnn. kena ingat ya, anda berpuluh tahun makan macam-macam, badan dah terbiasa dengan pola diet tu. jadi dengan rutin baru seminggu, badan tengha nak adapt keadaan baru. jadi, sabarrrr. jangan stress. kalau stress habis diet anda nanti. 

5) MINDSET

Mindset anda sangat lah penting ya untuk melalui journey ini. Kena yakin anda mampu berubah dan mampu konsisten! Mindset yang kuat dapat mendorong anda pergi lebih jauh. 

Ingat balik matlamat dan impian anda, kenapa anda nak turunkan berat badan? 

Percayalah dengan ubah mindset anda, anda akan berjaya lakukan apa sahaja. "you are what you think" 

"Aku menurut sangkaan Hambaku" 

Mindset ini adalah kepercayaan atau pemikiran yang membentuk tindakan kita, bagaimana kita melihat dunia dan melihat keupayaan diri sendiri. mindset ini mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tindakan harian kita. 

Jadi teruslah kuat dan set goal apa yang mahu anda capai. Good luck okey? ;) 


Ini adalah tips kurus dengan cepat, secara peribadi yang Farah amalkan sepanjang Farah nak kurus. Semoga bermanfaat ya guys. oh ya, Farah diet bersama supplement tau. result dia memang cepat!Farah dah pernah try diet with and without supplemet. Farah dapat result yang lebih baik dan cepat bila ambil supplement. Siapa nak Shaklee boleh roger Farah tau. until next entry guys! Oh kalau nak baca lebih lagi boleh klik link ni TIPS KURUS DENGAN CEPAT

ORDER SHAKLEE


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments