HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

 Hi korang! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 

Alhamdulillah, syukur kita dah pun nak selesai menjalani ibadah puasa dan akan meraikan Syawal dalam 3 hari je lagi. semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. 

Sejujurnya puasa kali ni amat berlainan buat Farah dan suami. kami tak dapat balik kampung, berbuka bersama pun baru 4-5 kali. sebab PJJ kan. Farah jauh di Singapura. Tapi itu tak mematahkan semangat Farah untuk terus berpuasa dan berjuang! hehe. 

Yang bertanya macam mana anak dan suami survive bulan puasa untuk sahur dan berbuka, meh Farah jawab persoalan korang tu. Sahur suami dan anak-anak simple je. sahur dengan set Ramadhan Shaklee iaitu Performance Drink, ESP, Cinch Chocolate dan mealshakes. 

Kalau anak-anak request nak makan, baru daddy sediakan makanan. selebihnya memang sahur shake je. tak selera agaknya nak makan pagi-pagi. 

Berbuka pulak, husbang bawak anak-anak ke masjid atau surau berdekatan, bagi pahala kepada penginfaq. simple je kehidupan mereka. Alhamdulillah. 

Majlis Berbuka Puasa Perdana Apartment kami

Berbuka di Surau area rumah

Berbuka Di Woodfire Shah Alam

Daddy masak Mee goreng for berbuka

Berbuka di Masjid

Sedap daddy masak

Bersahur dengan Shaklee - Cinch Chocolate + Mealshake

Berbuka puasa di Karangkraf Shah Alam. bekal air Performance Drink dengan Vivix 

Alhamdulillah mereka survive puasa 2023 tanpa mommy. 

Puasa dah dengan Shaklee. Raya pun semestinya dengan Shaklee! Apa pulak set raya ni ye haha. basically Farah memang minum je set puasa tu masa raya pun, tambah-tambah performance drink. nak elak minum air manis banyak hehehehe. 

Lepas tu item paling wajib adalah Omega Guard, Phytocol ST dan Lecithin. Haaa. ni perisai lelemak di hari raya. kejap nak share kalori juadah raya tu bagi panassss sikit hahahaha. 

haa tu dia kalori dia. macam mana la Farah tak sediakan perisai siap-siap. fuhhhh seram!

Selain banyakkkk minyak dan tinggi kalori, masalah kedua adalah sembelit. ha ni serious talk. bila kita ambil makanan oily, kurang minum air putih, memang senang la nak sembelit. untuk masalah sembelit ni Farah akan ambil Herblax, Alfalfa dan Ostenutrix. Jom kita tengok apa fungsi item yang Farah sebutkan ni. Dah 10 tahun tau Farah beraya dengan Shaklee. 

BAKAR KALORI

1) Lecithin



Lecithin ni pengemulsi lemak dari sumber alam semulajadi. haaa. apekah itu?

Lecithin adalah bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan dan boleh didapati dalam makanan seperti kuning telur, kacang soya dan organ haiwan. Lecithin mengandungi kolin (cholin), iaitu nutrien yang penting untuk mengawal atur fungsi utama badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Lecithin membantu memecahkan lemak untuk sistem penghadaman yang lebih baik. Jadi bye bye sembelit semasa raya!

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekulmolekul kecil untuk penghadaman. Lecithin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang siha

a) Menggalakkan penurunan berat badan secara semulajadi 

Lecithin telah diamalkan sebagai sebahagian daripada diet sihat kerana ia berkesan untuk menggalakkan penurunan berat badan:
• Membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma. 
• Diperoleh daripada sumber semulajadi dan membantu proses penurunan berat badan secara sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

b) Meningkatkan Kesihatan Hati
Lecithin melindungi kesihatan hati kita melalui beberapa cara: 
• Ia merupakan sejenis lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati.
• Lecithin dan kolin mengawal aliran keluar masuk nutrien dan membantu menyingkirkan toksin daripada hati bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada tubuh badan.

c) Mengekalkan kesihatan kulit
Kepekatan asid lemaknya yang tinggi membantu untuk: 
• Mengekalkan kelembapan kulit dengan ciri kelembapannya yang bagus.
 • Mewujudkan penghalang pada kulit yang mengunci kelembapan dan melindungi kulit dari udara dan elemen-elemen luar yang lain.

d) Merendahkan Kolesterol
Kebaikan lecithin dalam mengurangkan paras kolesterol sudah dikenali kerana telah digunakan dalam rawatan pesakit dengan masalah kolesterol yang tinggi sejak sekian lama.
 • Ia mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, arteri (salur darah) dan otak dengan memecahkan lemak yang terkumpul. 
• Pemecahan lemak ini turut memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular kita.

e) Meningkatkan fungsi kognitif
Lesitin mengandungi kolin yang membantu untuk: 
• Menghasilkan asetilkolin, iaitu bahan yang terlibat dalam pembelajaran, daya ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan seksual, rembesan dan peredaran hormon.
• Mencegah masalah gangguan ingatan akibat usia tua dengan penambahbaikan yang mungkin untuk penyakit Alzheimer’s, Demensia dan Amnesia.

2) Omega Guard





Haaa omega guard ni adalah lemak yang tidak menggemukkan dan diperlukan oleh badan kita.
Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. 

Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang? Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!

a) Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia: 

 • Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.1 • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
 • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
• Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.

b) Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang.
Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:
 • Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.

c) Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat 

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat

 Omega-3 dapat membantu dengan:
 • Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak

d) Mengurangkan Tekanan 

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil

3) Phytocol ST
Okey Phytocol ST ni best sebab dia boleh menurunan paras kolesterol dalam darah kita. Phytocol ni satu-satu nya vitamin Shaklee yang ada plan sterol. 

Phytocol- ST adalah new product dari Shaklee yang dihasilkan khas untuk menurunkan kolestrol yang tinggi. Phytocol mengandungi 2000mg fitosterol. Apakah fungsi fitosterol?

    - Menjaga keseimbangan membran fosfolipid dari sel tumbuhan, seperti kolesterol pada membran sel manusia. 
    - Memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh. 
    - Selain tu, ia juga dapat berperanan dalam mencegah terjadinya kanser. 
    - Bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti oksidan dan anti kanser

Bagaimana phytocol memberi kesan? 
Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan penambahan 2000mg fitosterol ke dalam diet harian boleh merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.

 Fitostetol membantu menghalang penyerapan kolestrol secara semulajadi dengan cara menjadi benteng dari penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah.Mekanismenya adalah melalui fitosterol dalam bentuk micelle akan bergabung dengan komplek  lemak bebas, monogliserida dan garam hempedu yang akan diserap oleh mukosa sel usus halus.

Oh ya, Phytocol-ST ada promo tau April 2023. 





4) Herblax 

Campuran proprietari Herb-Lax™ termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan pengambilan serat dan air yang rendah.

Jangan risau, Herb-lax ni bukan julap yer.
So, jgn lah risau lepas makan ni nanti asyik duduk dlm tandas jer.

Herb-Lax ni bertindak selepas 6 jam. So, ambil mlm dalam pukul 10 sblm tidur. Pagi esok pasti pembuangan lancar dan sangat puas membuang.

Untuk yang ada masalah sembelit, herblax ni sangat bagus untuk melancarkan pembuangan.
Salah satu sebab toksin berkumpul dlm badan juga disebabkan pembuangan yg tak lancar

Kita seharusnya membuang setiap hari sebab kita makan tiap hari. Kalau ada yg membuang 2-3 hari sekali, cuba check, mesti ada masalah kesihatan yg lain.

Bahan dia Daun senna yang merupakan salah satu bahan dalam herb-lax ini merupakan makanan sunnah Di mana ianya telah digunakan dari dulu untuk membersihkan Perut Dan usus kita. 

Bahan dalam herblax : Daun Senna, Kulit Pokok Buckthorn, Likuoris,  Jintan Hitam, Akar Culver, Daun Alfalfa, Jintan Manis, Akar Rhubarb, dan Bunga Mallow Biru

Bukan sahaja kotoran yang dibersihkan, malahan kerak2 yang lama pun turun dibersihkan. Kerak2 lama yg terbiar terlalu lama pada saluran usus besar ini jika terus dibiarkan akan menyebabkan kanser. So better mencegah dari sekarang.

5) Alfalfa


Digelar sebagai “Bapa kepada segala makanan”, alfalfa adalah gudang yang menyimpan kira-kira 300 jenis nutrien. Ia kaya dengan kandungan serat penghadaman dan enzim yang menjalankan fungsi badan. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus yang sihat dan sistem penghadaman yang sihat

Bertahun-tahun mengambil makanan tidak sihat boleh membebankan anda. Detoks dan bersihkan badan untuk menyingkirkan toksin supaya badan anda lebih bersedia menerima makanan yang menyihatkan.

Reset diet anda dengan alfalfa! 
Alfalfa membekalkan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. Tinggi kandungan serat dan enzim pencernaan yang penting untuk proses tubuh badan. Membantu pencernaan.

Khasiat alfalfa:

MENYOKONG RAMBUT YANG SIHAT 
• Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala. 
 Menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut

MEMBANTU DALAM PENGHADAMAN 
• Melegakan kembung dan gas yang berlebihan. 
• Merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.

MEMBERSIH DAN MENYAHTOKSIN 
• Membersihkan dan menyahtoksinkan hati. 
• Membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk fungsi yang optimum.

KESAN ALKALI
• Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein.
• Mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan.

MENGURANGKAN KERADANGAN 
• Mengurangkan keradangan pada sendi.
• Menguatkan sistem imun.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN 
• Merangsang pengeluaran sel darah putih.
• Bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif.

6) Ostenutrix

Ostenutrix ni laaa Farah tak boleh tinggal langsung. Farah ada masalah sembelit yang mengganggu kehidupan harian Farah sejak dari sekolah menengah lagi. dengan Ostenutrix, settle masalah sembelit Farah tau. 

Ostenutrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D3, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

okey apa kaitan vitamin kalsium dengan sembelit ni? 

Di dalam ostenutrix ada Magnesium. 400mg magnesium di dalam Ostenutrix bukan saja membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya tetapi ia juga sangat membantu masalah sembelit. 

Magnesium akan bertindak melegakan otot dalam usus supaya otot usus menjadi lembut dan menegelakkan sembelit. Magnesium juga akan menarik air ke dalam usus untuk menambahkan jumlah air ke dalam susu bagi membantu melembutkan najis.

ha boleh nampak tak kaitan? 

sebeb tu Farah suggest Ostenutrix sebagai supplement raya korang heheheh.

semua supplement Shaklee memang best tau. yang beli cuba, bokeh dapatkan sekarang dari Farah. okey klik je link ni. HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Okey ada pape nak tanya boleh klik link kt atas atau tinggalkan je dalam ruangan komen tau. nanti Farah response okey!

Thank you korang sudi baca. till next entry! Nak baca lebih lanjut boleh klik siniRaya dengan Shaklee!

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments